Thursday, December 26, 2013

khas untuk seorang wanita ^______________________^

Allah s.w.t berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita , ia diharuskan untuk menjadi seorang yang sangat istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia yang penuh dengan bermacam bagai masalah , namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku memberikan wanita itu sebuah kekuatan dari dalam dirinya untuk dia mampu melahirkan anak – anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya sendiri " "Aku memberikan wanita itu erti kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah , dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan daripada penat tanpa mengeluh sedikit pun " "Aku memberikan wanita itu kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberikan wanita itu erti sebuah kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " " Aku memberikan wanita itu kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik pasti takkan pernah menyakiti isterinya , tetapi kadang – kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu – ragu " " Dan akhirnya , Aku memberikan WANITA itu dengan suatu yang indah , iaitu AIR MATA untuk dititiskan pada waktu yang dirasakan nya adalah tepat . Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan. "

Tuesday, November 12, 2013

CARA MUDAH UNTUK KOSONGKAN FIKIRAN YANG BERSERABUT

latetly ne aku sgt stress dengan pelbagai masalah.. sekali aku terjumpa tips yang sgt  relevan untuk  diamalkan..
jum baca ...

13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut

Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.

Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

1. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Kenalpasti Yang Utama
Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting
Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. Cukup Rehat & Tidur
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. Kembali Kepada Alam
Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

10. Kemas Ruang Anda
Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. Sedikit Lagi
Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. Buat
Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh

Thursday, October 31, 2013

alangkah indahnya

aku suka dgr lagu akustik yang dimainkan oleh encik cumi..
aku nangis bila dgr lagu ne.. tetiba emo..
n alangkah indahnya si dia nyanyikan lagu ne tok aku
:(


Thursday, October 3, 2013

kisah chenta aku






ne semua  gara-gara Akasia TV3 .. tgk aku dah mula  berangan yang merepek bagai

mula2 aku fan kepada cite Nora Elena, pastu  aku berhenti jap , sambung pulak cite setia hunjung nyawa, Kau yang Terindah,Julia, ada satu cite ne aku tak ingat tajuk dia, lakonan Almy Nadia and Fizo...itu memang  feel habis..paling mantap cite Cinta Jannah...hhaha
Demi  Dia AKU TAK LAYAN- sorry to say sebab heroin dia  mcm terlalu muda nak mainkan watak  seorang isteri..ooppss :P

skunk aku fan kepada cinta LOVE YOU MR AROGANT!
damn kalo leh  setiap hari aku nak balik awal, nak duk depan Tv tonton cite ne.. tapi apekandaya, kerana keje shift terpaksa la aku  ulang tayang kat Tonton.my.. nape la  TV3 tak mcm Astro buat  ulang tayang balik cite, senang sikit aku nak ngadap tv dari ngadap  laptop sambil menunggu  wifi aku  laju sikit nak download  cite! huh..

ok angkara semua cerita di slot akasia ne membuatkan aku  dah bukan lagi ulat novel.. bagus juga pengarah2 ne menghidupkan watak dalam novel ke layar sebab mereka menghidupkan watak  dan membuatkan kita terasa seperti berada dalam situasi cerita itu..dengan  pelakon2 yang hebat dan  bijak memainkan  watak..

dan kerana semua ne la membuatkan  aku mula " berangan" oh alangakah indahnya aku la si heroin itu dan si hero adalah chenta hatiku.. oh  bestnya kalo  si chenta aku jadi camne dan camtuh....kalo la dia  tahu compem dia kutuk aku dan sekeh aku..hahahhhaha

moral of the story dari semua cerita  yang aku tgk , aku dapat  simpulkan jalan cerita mereka hampir sama cuma setiap cerita itu ada kisah penagjaran  tersendiri..
aku cam tak  sabar2 nak  abis tgk cite love you mr arogant  sebab watak hero dia  serupa dengan watak  chenta aku..hahahahh..aku menangis kut  tgk cite ne bila Zaara kena  buli, kutuk , maki dan caci... kecian dia..apepun.. aku  layan dulu cite ne sampai habis.. :P


p/s : boley tak  TV3 cut  off sikit iklan..lama sangat  aku nak tunggu  sambungan citer..huhuhu

Friday, September 27, 2013

ibarat kata...

ibarat kata..
setandan pisang yang cantik luarnya pasti dicelahnya ada seulas yang sedang busuk

yang cantik itu tak semestinya  berkualiti..mungkin dia barang recon.. yang mahal itu tak semestinya berkualiti..mungkin dia made in china..

begitu juga dengan kehidupan kita seharian..kenapa kita perlu  menilai seseorang hanya kerana dia adalah " barang  recon" atau pun barang " made in china" ?
dan siapa kita nak tentukan dia seorang berkualiti atau  tak?

kisah silam yang lalu  biarkan dia uruskan dengan Allah.. Allah menerima taubat seseorang  seandainya dia benar2 bertaubat.. dna diri kita??? adekah kita bersungguh2 bertaubat?adakah kita ne sempurna sgt?
kita tak akan sempurna sebab kita  juga ketara melakukan kesilapan..yang menilai baik atau tak hanya Allah yang berhak

kehidupan ini adalah satu luar jangkaan..we cant assume what will be happen next..
jadi jangan pikir  sebiji  pisang yang hampir busuk  tak berguna.. sebab ia boleh dijadikan bahan untuk buat cucur pisang.. tapi pisang yang sedang masak, sedap ke buat cucur pisang? haaaaa..pikirikan..

kesimpulan disini, jangan menilai seseorang dari kisah silamnya tapi kenallah dia siapa diri dia yang sekarang..mungkin dulu dia jahat tapi hari ne dia dah berubah...jadi kenali la siapa dia yang sekarang..sedar atau tak,  Allah selalu  memperkenalkan kita dengan seseorang , tak kisah dimana pu kita berada, baik lelaki mahupun perempuan..

aku  tersedar tentang hal ne..hari ne baru aku tau.. Allah hadirkan seseorang dalam hidup aku sebab Allah tahu dia mampu  buat aku  tersenyum setelah aku lalui pelbagai  ujian dan rintangan dalam hidup... dan seharusnya aku memperdekatkan diri aku dengan Allah..kehadiran  seseoang bukan untuk menyusahkan tetapi membahagiakan..

jadi tersenyumlah sayang

petikan  dari artikel Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Wahai anakku,
Sentiasalah berlapang dada dengan teguran seseorang padamu, kerana setiap teguran akan menjadi permata yang sangat berharga seandainya kamu menerimanya sebagai satu nasihat. Seandainya kamu tidak melakukan apa yang dinyatakan itu, maka jadilah ia pedoman masa depanmu, dan sekiranya nasihat itu benar, ambillah ia sebagai sesuatu yang bernilai.

Wahai anakku,
Suatu hari Khalifah Umar al-Khattab keluar bersama al-Jarud bin al-Abdi. Tiba- tiba muncullah seorang wanita tua, memberi salam kepada Saidina Umar, lalu salamnya dijawab oleh Saidina Umar. Wanita itu memohon agar Saidina Umar memperlahankan perjalanannya bagi memberi peluang ia berbicara dengan Saidina Umar.

"Wahai Umar aku telah mengenalimu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar sewaktu kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga kamu dikenali dengan panggilan Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah swt mengenai hal rakyatmu…”

Mendengar kata-kata wanita itu, lalu al-Jarud bin al-Abdi menegur wanita itu, "Kamu telah lama bercakap-cakap dengan Amirul Mukminin wahai wanita tua."

Mendengar kata- kata itu, Saidina Umar menegur al-Jarud, “Kenalkah kamu siapa wanita ini. Inilah Al-Khaulah binti Hakim. Biarlah dia berbicara, kerana Allah mendengar aduan dan bicaranya, sesungguhnya Umar lebih layak mendengar kata-katanya."

(Aduan al-Khaulah didengari oleh Allah sehingga turun wahyu surah al-Mujaadalah:1 "Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.")

Wahai anakku,
Ambillah kisah ini sebagai suatu panduan bagimu, kerana engkau tidak sebaik Umar al-Khattab dan jauh daripada Al-Khaulah yang aduannya dijawab oleh Allah. Namun kemuliaan itu akan tetap ada pada sesiapa sahaja, selagimana ia sedia berlapang dada dengan nasihat dan teguran.

Wahai anakku,
Syaitan akan berusaha agar engkau memandang rendah kepada mereka yang menegurmu, tambahan pula andainya yang menegurmu itu lebih rendah darjat dan ilmu darimu. Awasilah kesombongan dan egomu, kerana mereka yang sombong tidak akan mendengar segala teguran, apa lagi untuk menerimanya.

Wahai anakku,
Engkau akan selamat selagi mana kamu menyedari hakikat ini. Bersabar sedikit dari kesakitan di dunia ini, kerana kesakitan dan deritanya tidak kekal. Sedang akhirat yang akan kamu tempuhi adalah alam yang lebih baik dan lebih kekal. 





Saturday, September 21, 2013

aku belajar sesuatu

syukur  aku masih hidup...

syukur Allah  gerakkan hati aku  , buka hati aku  minda aku untuk menjadi seorang yang  general to talk with people.. seronok bila mengenali ramai  kawan yang berlainan latar kehidupan..

kawan tak bermaksud kita ne "GATAL" atau " MIANG" atau sewaktu dengannya... niat di hati  penting dan ikhlas kita berkawan bukan  kearah  maksiat tetapi dari kawan juga adalah salah satu cara muhasabah diri,didik hati agar lebih bersyukur

ternyata setiap orang ada cerita tersendiri tentang kisah  hati mereka.. bila dgr cite mereka, aku tersenyum saja..malah ada yang hampir sama saja jln cerita dengan aku cuma ending  je berbeza...aku belajar dari seorang kawan yang bagitahu aku sesuatu perkara yang buat aku terpikir.

.kenapa kita perlu ada rasa jelous pada pasangan kita

dia jujur bgtau aku, dia memiliki  ramai kawan perempuan dan dia tak paham kenapa ada yang sukakan dia.dia tak tahu kenapa perlu ada jelous2 sedangkan hati dia hanya ada satu, kuato dia ada 4..hahahha
digtau aku, dia ne biasa2 je, tak encem, tak kaya, selekeh, ape yang ada pun tatau la..tapi kenapa setiap kali  dia nak  bekawan, dia hairan  mudahnya perempuan ne jatuh cinta

aku brainwash  dia..
hey kawan, perempuan sifat dia lembut, mudah jatuh hati , mudah terluka..dan aku tgk ko ne sweet talker sgt.. sebab tuh dengan mudah perempuan  jatuh hati..

nk tau dia kata pe ?
aku simpulkan dengan ayat aku sendiri...aku plak  yang tersentuh dgn kata2 dia..

kita berhak  untuk berkawan dengan mana2 orang.. dan kita TAK BERHAK untuk  merasai jeles apabila si dia berkawan dengan orang  lain..kita kena yakin jodoh tuh telah ditetapkan , telah dituliskan untuk kita..
kita berkawan  banyak manapun  bukan semua tuh  leh dijadikan  bini/suami.. hati ada sekeping.. hati ne  hanya  dimiliki oleh  seorang saja..kalo kita rasa kita terlampau  jelous melihat dia mesra sgt ngan orang lain... jaga hati kita dahulu..kalo da tak mampu.tinggalkan je walaupun sayang mcmne pun.. hati kita bukan bola orang leh  lontar ke dinding dan akan pantul balik  kalo dia nak sambut.. kita ada Allah.. Allah dengar setiap  doa kita..

dia juga bagitahu aku..

dalam banyak2 kawan  yang  Allah hadirkan dalam hidup dia..hanya ada seorang saja yang mampu memahami dia dan dia terasa tenang.. mcam Ustaz Azhar Idrus cakap..kalo kita tgk seseorang, terasa lapang dada, tenang jiwa, hati kita mudah nak mendekatkan diri pada Allah , itulah petanda jodoh yang baik..

dia simpulkan ayat dia..selebihnya serahkanlah pada Allah.. diri sidia bukan hak milik mutlak kita..
doa restu dari ibu bapa juga adalah penting..andai mereka tak redha, jodoh itu takkan kemana.. akan berakhir juga...

dia gtau aku satu perkara menarik.. kalo  seseorang itu berlapang dada mempelawa kita ke rumah dia untuk berjumpa keluarga dia,, bermakna lelaki itu jujur dengan  hubungan  anda..

** leh tahan jiwang gak  kawan aku ne..tapi apa dia cakap membuatkan aku terpikir..

yelah sape tak jeles kalo  bf sendiri  berkepit/ber sms dengan orang lain, dgn kita dia layan biasa2 je..tapi aku belajar sesuatu ,  lepaskan kekusutan dihati  demi meraih  nikmat  syukur dan bahagia..jodoh takkan kemana , lari macamne pun, teruk mcmne pun, andai dia milik kamu.. tetap milik kamu..senyum :)









Sunday, August 11, 2013

cinta si patung bernyawa

awak tahu tak saya la si patung bernyawa di mata awak..yang sentiasa disisi awak saat awak perlukan saya, awk kesedihan dan kesusahan..walaupun  saya tahu saya amik jalan yang merbahaya untuk sentiasa  disisi awak..saya tak peduli sebab saya ikhlas nak dengan awk..

awak..
saya masih ingat lagi sewaktu kita sama2 belajar.. saya penah nampak awk tak makan..yelah saya paham student kan sentiasa poket kering..demi ihsan seorang sahabat, saya belikan awk makanan dgn harapan awk akan kenyang..saya takpe..saya makan biskut pun ok sebab awk kata saya  perlu diet..dan awk cakap saya gemuk..kecik ati saya..saya buktikan pada awk saya juga leh cantik tau.. sebab tuh saya tak kisah  awk  nak makan makanan saya..

masa awk sakit kan.. tak ada sape kawan awk peduli.. saya nak jaga awk tapi saya kena ingat awk lelaki saya ne perempuan..jadi saya beli la panadol dan beri awak minyak cap kapak saya..dengan harapan awak sihat balik..cian awak dalam keadaan sakit...saya? takpe.. masa saya sakit awk kata awk sibuk..saya leh jalan lagi g kedai beli panadol..saya juga leh  buat air sendiri, kaki saya kuat awk...

awak, 

saya takleh lupa peristiwa yang hampir menggelapkan masa depan saya..masa tuh awk dah g kl..keje ..saya lak masih study..saya call awak, sedih saya dengar suara awk..rupanya awk tak makan lagi...ye masa tuh awk baru mula keje kat kl..nak minta tlg keluarga, jauh pula kan.. saya risau sgt2..segera saya bersiap2 nak g ke bank,nak bank in sedikit duit kat awk.. masa tuh da pukul 1 pagi awk.. takpe, demi ikhlas saya, saya redah jela malam2 buta ne ke mall.nak kejutkan kawan, sian plak..ah! jalan kaki jela....saya takut awk..tapi saya berani kan diri..dlm perjalanan pulang, saya diekori oleh seorang lelaki  afrika..awak saya  takut! cepat2 saya  jalan..lagi laju saya jalan..laju pula lelaki itu  bergerak.. akhirnya saya  terus berlari  masuk ke asrama perempuan yang berhampiran..fuh! lega.. saya tak ada kawan yang tinggal kat asrama ne.. takpela saya tido jela surau.. esok pagi  saya balik.. nasib baik awk..kalo tak entah ape la yang akan jadi pada saya 


awk,

saya setia pada awk...4 tahun saya bersama dengan awk..tak penah sekali saya gado besar dengan  awk..saya mengalah je..awk buat ape pun saya tak marah.. tapi dlm hati saya..hanya Allah saje yang tahu..
sepanjang saya kenal awk.. hanya satu je  yang penah awk bagi saya.iaitu terry..bear yang sgt comel..itupun saya yang minta awk belikan..bila awk dah beli..sedih pula saya rasa sebab memaksa orang berikan kepada saya...sejak dri harituh, saya takmo lagi minta ape2 kat awk..awk selalu miss besday saya, convo saya.. saya senyum jela..
tapi ada satu perkara buat saya terkilan sgt.. masa ex gf awk convo..awk penah berikan dia hadiah dan seutas rantai..tapi apabila giliran saya..awk hanya ucapkan saja..sedih saya awk.
.takpela..saya tak minta ape2 pun asalkan awk ikhlas terima saya

dan sepanjangg 4 tahun ne jugala saya lihat saya seperti diabaikan awk..awk cakap  cinta jarak jauh masih leh msg2 , call.. tapi saya lihat.. sebaliknya..awk, jujur saya cakap, saya tak pernah merasai ape erti  sharing is caring dengan awk.. bila saya ada problem, awk mcm jauhkan diri je dari saya.. bila saya ajak awk jumpa family saya, ada saje alasan awk bagi.. kejela penatla  tak bersedia la..tapi bila saya ajak awk  g jumpa family awk.. awk  bagi saya satu ayat yang sgt pedih " nak  sgt jumpa kan..puas?? " pedih awk.. makan dalam sgt2
takpela saya tak kisah.. saya terima  kata2 awk tuh sebagai  satu teguran.. jangan paksa lelaki..

sampai satu tahap , saya meminta untuk dilepaskan.. baru awk tersedar saya  bukan patung.. 
hari2 awk msg saya, ungkit balik kenangan lama.. ye saya tak lupa semua tuh.. tapi  ungkit awk buat saya rimas..kenapa baru sekarang awk  ingat saya.. baru awk pikir saya ne wujud disisi awk.. awk kata 60 hari awk kejar saya.. sama tak  dengan 4 tahun saya kejar awk?????

lama2 saya pikir.. sayang saya pada awk..masih menebal..saya beri awk peluang kedua..

..takpelah awk.. saya ne patung bernyawa depan mata awk..luaran saya sperti biasa..dalaman saya kosong..saya lihat saje ape yang awk  lakukan..saya biarkan saya ape yang awk janjikan..bagi saya..saya da malas nak  pikir..saya sakitkan hati saya sendiri...
walaupun saya patung bernyawa,.. saya bahagia dengan cara saya sendiri...meskipun orang kata saya bodoh.. saya tak peduli sebab saya ikhlas sukakan awk..

biarlah saya menangis macam mana pun.. awk  bukan tahu...
kalo saya kecewa mcmne pun ..awk bukan leh rasa..ape yang awk rasa saya disebaliknya..
kalo awk tak reti hargai  patung bernyawa seperti saya..hanya satu saje saya mampu katakan...saya hanya mampu  berserah......
tolonglah hargai saya walaupun awk nampak cara saya mcam merayu :'(





senyumlah walaupun pedih


beruntunglah apabila kita memiliki sekeping hati yang tebal dan kuat...meskipun sedih masih mampu mengukir satu senyuman..
beruntunglah kerana ada sekeping hati yang tetap sabar meskipun saat sedih hanya air mata yang menjadi peneman setia..sakit macam mana pun  tetap memujuk diri..sabar..sabar..sabar
bertuahlah kita memiliki sekeping hati yang selalu  meyakinkan perbuatan diri jangan tunjuk kesedihan diri pada orang lain..takut nanti mengaibkan kelemahan diri sendiri..

hari aku belajar agar menjadi seorang yang jangan bergantung harapan pada orang disekeliling kita meskipun dia rapat macamne pun..sebab sedih aku hanya aku saja yang tahu..ada hikmah Allah letakkan aku disituasi ini meskipun aku  tak mampu hadapi tetapi aku yakin Allah  letakkan aku kerana dia tahu aku mampu hadapinya...

takpe..hati kita ne kebal..orang calar2kan pun tetap leh teguh ..belajar untuk senyum..mesti kita akan tenang..cuba tgk kat cermin..saat kita sedang sedih dan cuba senyum..mesti nampak comel dan rasa suka je.. biarlah orang tak ada puji dan kata kita perasan..janji kita puji Allah bagi kita semua ne..








Wednesday, July 10, 2013

hentikanlah mengaibkan orang lain

seronok ke jadi mulut tempayan yang menjaja cite keburukan orang lain?
 amboi cik kak cik abang.. udah2 le tuh..bukan kamu dapat ape pun.. kamu hanya dapat kepuasan diri je.. DOSA PUN DAPAT...

di bulan ramadhan ne, aku semakin naik meluat  nak baca status2 page  fb orang lain tentang kisah video janji setia  budak sekolah.. kalo setakat nak tegur, ok lagi ..ne siap buat parodi.. kejadah pe nye lahai.. 
sorry k, aku tak nak unfriend certain page yang sibuk  jaja cite budak ne.. tapi aku tetap nak friend ngan page ne sebab diorang selalu update benda yang menarik nak baca KECUALI KISAH VIDEO tuh je!

kecian aku kat budak tuh.. hanya video, maruah dia dijatuhkan seolah2 dia penjenayah besar..siap ada komen " g m***s la ko!"..kasaq nye ang..macam la ang baik n mulia sgt .. ntah2 lebih teruk dari budak tuh..

kisah pasal aib ne.. ye betul budak tu memang salah.. memang ramai dah tegur.. tapi tak perlulah berlebih-lebihan .. mcm bahan jenaka yang korang nak kertawakan je.. cuba korang letakkan diri korang kat tempat dia...pikirlah waras dia budak sekolah.. aku ulang balik .. DIA BUDAK SEKOLAH..dia buat silap mesti  mak bapak dia tegur dia.. tapi korang lebih2 plak..hukum dia macam korang plak  hakim nak tentukan itu ini.. hukum dia macam korang dah dewasa sangat.. jangan 2 X 5 sudah!

aku terbaca artikel dari blogger lain, BERSYUKURLAH ALLAH TIDAK MEMBUKA AIBMU SENDIRI..
siapa kita nak tentukan  hukuman keatas orang lain. andai apa yang kita aibkan itu betul, dan si dia dah bertaubat  nasuhah, Allah ampunkan dosa dia.. tapi kita bagaimana? adekah dosa kita  Allah ampunkan?
adekah jaminan syurga buat kita? walaupun kita solat cukup , puasa penuh, sedekah , buat apa yang diperintah tapi kita suka jaja aib orang.. SEMPURNAKAH APA YANG KITA KERJAKAN??

bagi aku sebagai manusia, apa yang kita nampak menjengkelkan mata , tegurlah secara sembunyi, janganlah biarkan  air muka seseorang itu  jatuh.. syukur Allah tak buka aib kita sendiri..kita ne sama je disisi Allah..tak kira besar mana kita , kaya mana kita.. popular mana kita.. kita tetap sama.. dacing ALLAH yang menentukan amalan kita berat atau  ringan semasa kita dihisabkan

kita hanya dapat kepuasan..dapat keseronokan untuk jadikan si dia bahan jenaka..tapi pahala amalan kita dah disedekahkan ke dia .. dosa kita bertambah..sia2 je kan? 

bersama-samalah  muhasabah diri

p/s : orang yang kuat ialah snetiasa tersenyum saat dia menghadapi dugaan.. dugaan ne satu ujian..dan ujian ini  tiada yang tak ada jalan keluar.. 





Thursday, June 20, 2013

aku dan si bunga daisy



aku suka bunga daisy..sejak aku berminat buat  felt  craft, aku amat meminati kecantikkan bunga daisy ne..
ramai gadis2 , gegurl2 di luar minat pada rose.tapi aku tak.. aku sekadar biasa2 je pada bunga ros.. akui  dah dua kali aku terima sejmabak bunga rose..cuma siapalah yang akan bagi aku bunga daisy kan.. heheheh


so entry kali ini mengisahkan bunga daisy..
daisy ne melambangkan peribadi kita.. dia mekar dipagi hari.. dan bersifat sederhana.. warna putihnya melambangkan kelembutan dan kesantunan yang ada.. terserlah  kekuningan di tengahnya bersifat  sekeping hati yang  suci dan bersinar ... ecewha hyperbola betul ayat..hihi

ne aku copy dari  blog org lain

BUNGA DAISY
Kepolosan, kemurnian, kesucian, kesetiaan, kelembutan, kesederhanaan
Putih
 : kepolosan, cinta setia
Merah : kecantikan yang tidak diketahui pemiliknya, cinta, tulus, sederhana, cinta yang jauh dari gairah yang berlebihan, cinta diam-diam
Oranye
 : kehangatan, sukacita, semangat


tapi aku suka warna putih n merah...heheehe

apepun aku mecontohi bunga daisy ..

Daripada ciptaaan-ciptaan Allah, kita boleh belajar banyak perkara dan mengambil ibrah daripada pelbagai aspek.

"Katakanlah, 'Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi!' Tidaklah bermanfaat tanda-tanda kebesaran Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi org yang tidak beriman". (Yunus:101)


"..antara langit dan bumi,(semua itu) sungguh, merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti."
 (al-baqarah:164)



Belajar daripada bunga daisy, kita diajak utk hidup secara bersederhana, rendah hati tanpa harus menyombongkan diri.

Tidak perlu juga bermewah-mewah hanya untuk menampilkan keindahan atau kecantikan diri sendiri.

Bunga daisy yang sentiasa kelihatan mekar di pagi hari mengajar kita utk menyambut hari dengan kesegaran dan senang hati agar hari ini lebih baik daripada semalam dan esok sentiasa lebih baik daripada hari ini. InsyaAllah.

Rendahkanlah hatimu serendah mutiara ! rendahkan hati dan bersederhanalah seperti bunga daisy

Thursday, June 13, 2013

putus di tengah jalan

ok mari kita bincangkan

betahun- tahun bercinta sakan putus jua ditangah jalan..sebab ape ek?
ne aku amik dari hasil perbincangan dengan seorang stalker FB n blog aku..hahha..(sorry ek MR.A)

antara ape yang dia cakapkan memang betul.. so aku listkan dekat sini kenapa bercinta bagai  tapi putus

PERTAMA : KELUARGA
ne betul juga seandainya keluarga tak restui, x perlu diteruskan sebab restu keluarga sangat penting.. lagi2 apabila wali kita serahkan tanggungjawab ke atas pasanagan kita.. apabila sah saja lafaz nikah, segala hal tenang seorang isteri dibawah tanggungjawab suami

KEDUA :KAYU TIGA

ok curang ne memang aku sgt sensitif dan sentap.. aku tak leh pasangan aku  main kayu tiga
bagi aku.. tak yahla mainkan perasaan orang.. bak kata mama KALO NAK CAKAP NAK, KALO TAK NAK  CAKAP TAK NAK..
kita nak cari pasangan bukan nak test pasangan setiakah dia atau popular kah kita ..
bagi aku kalo orang men kayu iga ne tak matang.. hehehe

KETIGA: CONNECTION
 maksud disini , persefahaman kita dengan si dia.. kalo sidia kayu kita kaku.. KOMPEM CAKAP NGAN TEMBOK KAN..
satu lagi  persefahaman kena sama , elakkan penipuan.. awka kalo nak berkawan dengan seseorang bukan nak test tau..atau nak putar belit.. jujurlah siapa kita seadanya meskipun kita makan comot, naik motor je.. gaji tak besar ke..
cinta tuh bukan diukur kedudukan tetapi diukur dari segi  kekuatan link  n connection

for me, i do love him sebab siapa dia seadanya.. meskipun dia penah lukakan hati aku n penah buat aku menangis, aku kuat sebab connection love ngan dia..

dia yang penah aku tolak, yang penah aku  tinggalkan akhirnya aku kalah  dan lemah sebab aku masih ada connection dengan dia..

ok ne saje nak share,.. tq sayang sebab borak kosong sambil aku update blog..hahha
13/6/2013
12.15 am

Tuesday, June 4, 2013

mengarut versi 2

okey malam ne teiba ada feel nak mengarut..maklumlah sekarang ne saya ada stalker yang  sentiasa view  blog ..oopppssssss (@_@)..hahahaha

satu kisah  menarik nak diceritakan.. tentang erti  rasa  MENYAMPAH

hambik!menyampah kau kat aku.. motif? SENTAP

apepun aku hormat perasaan dia yan menyampah sgt tgk muka aku ne.. ntahler.. kena rasuk setan kot sampai  menyampah2 ne..terus unfriend aku.. HEY  KAU.. AKU TAK KISAH PUN PASAL UNFRIEND KO KAT AKU.. KO BUKAN SORANG JE MAKHLUK YANG ALLAH BAGI AKU KENAL.. RAMAI LAGI YANG  NAK KAWAN N AKU NAK  KAWAN.. KO ADA ??

awalnya aku rasa macam hina sgt kah aku di unfriend dengan motif dia sentap.. sentap sebab dia kata aku ne such a b**ch..suka menggoda  dengan  picture ala2 retis gitu.. ( dia pun apa kurangnya.siap possing minta kena penampar adelah...hahahha )
bagi a ku tak perlu la gelar aku sebegitu rupa.. kalo ko tak suka tak yah  cakap aku ne  b*** ..Allah bagi cukup sifat ko kata aku camtuh..nampak sgt ko tak reti bersyukur

nak redakan kemarahan aku kat sidia ne aku pun google la blogger2 yang  ada artikel pasal menyampah ne..
bagi aku ada dua sebab napa orang menyampah dengan kita

PERTAMA : IRI HATI ..RASA HILANG KEYAKINAN PADA DIRI SENDIRI
apabila kita hilang keyakinan pada diri kita, kita membandingkan apa yang kita ada dengan orang lain.. itulah punca penyakit hati  sehingga kita tak rasa tenang..apabila kita tak tenang,sifat marah berbau menyampah semua ada.. ape saje dimata kita semua tak kena.. ada saje kekurangan orang lain yang kita nampak..
dan paling dasyat kita akan bertindak agresif sanggup buat ape saja asalkan jgn orang lain lebih dari kita..nauzubillah


KEDUA : ANTI SOSIAL
sebab dia anti sosial lah dia jadi menyampah dengan semua orang yang ada disekeliling dia.. minda tak terbuka dan hati tak tenang bila gemar jadi pengkritik di belakang tabir
orang camne dia lebih suka menyendiri.. suka  pikir yang bukan2 sehingga merasakan orang sekeliling kritik dia sedangkan tak buat ape2 pun .. sebab tuh semua benda tak kena dekat mata dia..
hai la kawan.. kenapalah kau macamne.. ramai je nak kawan dengan kau tapi kau sendiri tak mo kawan.. lantak pi la.. malas aku nak pikir


angkara gambar  ko buang kawan n perasaan nak kawan... sukatilah.. ko nak lebih sangat kan..silakan.u deserved better.ADE AKU KESAH?





Friday, May 10, 2013

mengarut versi 1

MENGARUT VERSI 1

ok ne adalah percubaan mengarut pertama aku di malam ini. edisi lepas adalah  sesi luahan hati aku yang berkecai derai..
ne percubaan mengarut di dlaam  edisi pemulihan.. aku tulis balik..PERMULIHAN

fasa pemulihan

fasa  dugaan yang menguji kesabaran aku.. sabar tu  sebahagian dari iman.. ye betul..iman aku kena kuat..
mana taknya..bulan ne ramai kawan-kawan aku yang aku tatau  wujud dari mana  bertubi2 send whatsapp aku.. tak cukup dengan itu, fb , twitter, WE CHAT PUN SAMA  penuh  msg2 yang buat aku  tercabar..

rupanya mereka mengehebohkan berita perkahwinan mereka..bila tunang pun aku tatau.. waaaahhhhhhh terujanya.. tetapi aku  tercabar.. okey aku  agak tercabar..  awalnya aku sebagai teman balas komen2 mereka.. lama2  saat aku nak tido, tgh keje.. g tandas pun  tak henti2 whatsapp masuk.. siap cakap
" tahun ne aku dapat beraya ngan future hubby.. kau ado ??"

aku hanya  sebagai pemerhati.. BACE JELA ...LAYANKAN JE..SABO..SABO..SABO...

masuk pula msg dari kawan aku  si minah comel ne..
" lin.... aku tak ada calon.. macamne ne.. depa semua pakat kawen tahun ne,.aku calon pun tak ada.. kau ada calon tak..rekemen satu ?"

amboi aku kena jadi broker.. okey aku dgn selambanya balas.. " dayah, aku pun tak ada calon.. jum masuk page cari jodoh.." ..hahahhaha

sampai hari ne msg whatsapp aku tak henti3 dengan tujahan cerita kawen..aku sangkakan topik akan ditukarkan konvoi nak pegi..sedap sikit nak baca n plot cuti.. RUPANYA topik beralih ke aku.. hambik! aku kena setepek dgn mereka.. " woi.. ko bila lagi? ko senyap je..ke da kawen "..pedih ..
aku reply.. " LAA KORANG TATAU KE AKU DAH KAWEN... DA ADA ANAK  2 PUN,..NE DALAM PERUT  OTW YANG KETIGA.."..hahahaha... geram punya pasal...

kesimpulannya.. aku yakin jodoh itu ada..walaupun lambat manapun selagi Allah tak tetapkan dia milik aku.selagi itu aku harus bersabar dan redha dengan ketentuan Allah..Dia Maha Mengetahui sesuatu yang baik dan buruk  buat aku..
mungkin fasa pemulihan ne Allah nak biarkan aku rest and pikir..bercinta manapun sebelum nikah takkan kemana jawapnya.
Allah beri aku peluang perbetulkan apa yang aku dah buat silap.yang lalu biarkan berlalu..teruskan kehidupan ini kerana "masa" buat aku  didunia ne akan terhenti bila2 je..
Allah temukan kita dengan orang yang salah supaya kita kenal erti  baik dan buruk..dan kenal  erti ikhlas sebenarnya sebelum Allah temukan kita dengan orang yang betul

apepun seandainya tiada si dia didunia..mungkin dia ada di syurga,.





Friday, April 26, 2013

syukur dengan apa yang ada

hari ne dengan lajunya kaki ne berjalan2 ke Jalan TAR..lama tak mencuci mata dekat sini.. maklumlah dah gaji, ade saje otak merancang nak beli itu ini.. kebetulan hari ne cuti, jadi amik kesempatanlah saya ne...hehe..
sampai je kat jalan TAR, mata ne meliar mencuci  sale sana sini..amboi mentang2 dah gaji,sales memanjang..
aku geleng2kan kepala ..pening dengan tawaran itu ini.. sabo jela..kalo ade 10 K, lama da aku borong semua..hehehhe
tetiba perut ne lapar..aish tak leh jadi ne..kena makan dulu.. n rasa terliur nak makan A&W..waaahh lama gile tak makan..sedang elok aku makan, keasyikan aku terhenti dengan sapaan seorang makcik..sayu hati ini melihat keadaan dirinya yang bekerja menjual tisu.." nak ..tisu nak.."
Ya Allah, hati aku tersentuh... tak sanggup aku  tgk makcik ne...

walaupun aku selalu rasa susahnya semua perkara dalam dunia ne, walaupun aku rasa sempitnya rezeki yang aku ada... walaupun aku selalu mengeluh, aku  memberontak adakalanya.. tapi aku tak sedar rupanya ada yang lagi susah , ada yang lagi teruk dari aku... sedihnya aku  tak reti bersyukur..

tgk diri kat cermin, kerdilnya aku kat dunia Allah.. pe yang aku ada adalah milik DIA..aku pinjam..dan DIA berhak amik balik bila2 masa je.. aku rasa aku seorang yang ego miliki apa yang aku ada,, aku rasa semua yang aku ada ne terlalu  hebat dimata  orang lain.. sombongnya aku.. ye aku  ada itu ada ini .tapi kenapa aku tak reti bersyukur... peristiwa tadi benar2 buat aku  tersedar ..aku ne hanya insann biasa.. yang ada kelemahan dan kekurangan ..sepatutnya aku bersyukur bukan mengeluh..kawan2..jangan jadi mcm aku.. aku benar2 tak reti bersyukur..aku insaf dan  berazam untuk ubah pemikiran aku.. :'(

aku teringat satu post kat wall  fb, SEMAKIN KITA BERUSAHA MANAPUN, KALO KITA TAK RETI BERSYUKUR..REZEKI KITA TETAP KURANG...


→❤ Jangan menunggu kaya dulu baru bersedekah
tapi bersedekahlah nescaya engkau menjadi kaya..

→❤ Jangan menunggu ikhlas dulu baru bersedekah
tapi bersedekahlah nescaya engkau menjadi ikhlas..

→❤ Jangan menunggu lapang dulu baru bersedekah
tapi bersedekahlah nescaya hatimu menjadi lapang..

→❤ Jangan menunggu nikmat dulu baru bersedekah
tapi bersedekahlah nescaya akan bertambah nikmat..

Friday, April 19, 2013

you nak cintakan i kerana ape??

hari ini aku  memikirkan satu jawapan yang selama ne aku cari  maksud CINTA buat muda-mudi ..
yes benda ne dah lama tapi tak penah kita pikir KERANA APA PERLU CINTA MANUSIA..sehinggakan ada seseorang bagitahu aku ...

 I LOVE YOU NOT BECAUSE I'M LONELY 
            BUT I DO REALLY LOVE YOU

yes you are lonely!

sebab you sendiri  tak mampu membahagiakan diri you sendiri thats why you cari seseorang untuk buat you rasa bahagia.. you silap besar disini sebab you tak hormati diri  you, tak hormati apa yang you mahu ..you memilih cintakan seseorang dengan harapan agar BAHAGIA itu datang..

bahagia itu datang  seandainya kita tahu  apa KEMAHUAN kita..BUKAN kehendak..cuba you pikir kenapa you beriya2 nak  couple muda2 camgini before nikah...adekah you couple ngan seseorng SEBAB

1. you rasa cemburu tgk  your friend ada awex / balaks 
2. you rasa you need someone to be a part of you life .. ( this is true but kenapa bila gado u cari slaah A,B,C,D,E,F,G,H,I J,K until Z si dia ..last2 blah )
3. you rasa you can be happy once i got someone who is caring, loving,etc...
4. you rasa cinta itu harus ada dan harus memilih yang terbaik untuk jadi terbaik... 

DAN SEBAB MEMILIH SALAH SATU  ALASAN DI ATAS, YOU PATUT CERMIN DIRI YOU YANG SEBENARNYA YOU ARE LONELY... 


Should you know....

Allah S.W.T telah tetapkan jodoh you dengan seseorang yang memiliki hati seperti you.. hati you kalo bersih maka bersihlah hati si dia.. hati you ikhlas kerana Allah maka hati dia juga ikhlas kerana Allah.. tak kisahlah berapa lama  you  lari..you kejar si A , si B tapi bukan jodoh you.. maka Allah akan hadirkan seseorang bila2 masa saja..cuma Allah uji you dulu  supaya you sabar dan tak bergantung pada cinta manusia dulu.. kalo you rasa letih sudah bercinta dengan manusia yang akhirnya u kecewa.. better you stop for a while.. pilihlah jalan ke Allah.. mana you nak.. u bercinta nak masuk neraka atau pilih cinta ke syurga.. 


you tahu kan.. jodoh itu ada 3 jenis 


Jodoh dari Syaitan

Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.

Jodoh dari Jin

Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.

Jodoh dari Allah SWT

Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta… :)


dan you patut sedar dahulu...

Jodoh sebenarnya dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu : 

1. Jodoh Sunnatullah

Ok, jodoh sunnatullah ni sebenarnya jodoh yang diberikan Allah kepada kita atas usaha dan perjuangan yang menuju ke arah itu. Jadi, kalau kita memang minat giler dengan seseorang itu, ataupun memang sayang giler-2 dengan pasangan kita tu, berdoalah banyak-2 pada Allah untuk memiliki dia. Sesungguhnya Allah tu lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hidup kita.

2. Jodoh Qudratullah

Jodoh qudratullah ni pulak adalah jodoh yang diberi oleh Allah kepada hamba-2 kekasih Allah yang berserah diri kepada Allah dalam urusan jodoh. Ha, yang ni memang hati nekad sesangat dan yakin sesangat pada qada' dan qadar yang Allah dah tetapkan untuk dia. Cara yang paling afdal.. hihi


kalau you benar-benar maksudkan...


I LOVE YOU NOT BECAUSE I'M LONELY 
            BUT I DO REALLY LOVE YOU

pls ask ALLAH first , am i  deserved for you.. and if u think u can "buy" my love, and can bring me to jannah..syukur Alhamdudillah.. 

sorry you, i pilih untuk jalan i dulu..sebab before ALLAH sudah tetapkan you milik i...tapi i sendiri tak ubah diri, tak hormat diri, i sendiri yang tunggang langgang.. i takut i akan heret you ke neraka.. better i uruskan iman i   ..akhlak i.. before you yang "uruskan"...

so harap you paham kenapa i camne.. >_<

*****suka ayat dari belog member ***** 
 cinta tanpa syarat  adalah cinta yang murni dan sempurna. Kerana pengamalnya tidak meletakkan apa-apa syarat didalam hal mencintai. Dan cintanya juga tidak bergantung kepada faktor "sebab atau kerana." Kerana cintanya adalah iklas dan jujur. Ia tidak mengharapkan apa-apa. Ia tetap mencintai meskipun orang yang dia cintai itu mempunyai kelemahan, kekurangan dan kesalahan. 
Cintanya tidak dipengaruhi oleh apa-apa faktor atau sebab. Ia tetap mencintai walaupun ada yang terjadi. " Cintaku padamu tetap seperti dulu walaupun kau telah berlaku curang kepadaku; Aku tetap sayang kepadamy meskiun kau telah mungkir janji; Cintaku kepadamu tidak bergantung kepada kecantikan atau kekayaanmu." Aku cinta padamu walaupun kau tidak ada apa-apa. Aku mencintaimu seperti seadanya dirimu." Sesungguhnya, inilah yang dikatakan mencintai tanpa batas dan tanpa syarat. Inilah jenis cinta yang harus kita pejuangkan didalam hidup kita setiap hari. Marila kita berusaha agar kita sentiasa dapat mencintai seperti ini kepada sesama dan lebih-lebih lagi kepada Tuhan yang Maha Esa.


Wednesday, April 17, 2013

pesan mama

mama ada pesan padaku

kalo seorang itu ikhlas kepada kita, dia takkan mendesak kita untuk terima dia siapa.. tetapi dia akan berusaha buat kita gembira dan terima dia seadanya..
dia juga akan memahami yang kita ne ikhlas berkawan dengan dia tanpa bertanya soklan2 yang pelik..

mama juga ada cakap..
biarla kita menangis sekarang jagna menangis untuk masa akan datang.. Allah bagi kita kenal dengan semua orang supaya kita dapat menilai  yang baik dan buruk.. takpe kita takkan seorang sebab nanti akan hadir seorang yang memahami dan ikhlas terima kita kerana Allah..


mama pesan..
kalo kita dah berusaha yang  terbaik, bertawakallah kepada Allah.. ciptaan pasangan kita bukan dari kalangan manusia luar biasa tetapi dikalangan diri kita..cuba tgk diri kita, kalo  kita mcmne  pasangan kita juga serupa dgn kita... jadi kalo kita ada niat tak  baik maka pasangan kita juga begitu,..maka dengan itu bersangka baiklah dengan smua orang walaupun kita disakiti..


mama ingatkan..
naluri seorang ibu sangat kuat, walau sayang manapun kita pada seseorang tetapi  mama tak suka, tak berkat  hidup kita..tak berkat ape yang kita lakukan..
dan tak payah pikir pasal boypren.. cuba pikir kita ne layak tak  jadi isteri solehah ..

mama cakap juga,.
lelaki yang ikhlas dia takkan ragui kesetiaan seorang wanita..kalo dia ragui maknanya dia tak ikhlas memberi







 

Sunday, April 14, 2013

hormat diri dulu

terima kasih kepada seorang pakcik yang sudi kongsi pendpaat ngan aku  masa aku duk sarapan pagi  kat kedai makan... 

walaupun aku tak kenali siapa dia tapi dia berani menegur aku seorang gadis yang keseorangan makan ..
" anak ne nampak macam ada masalah je ?"..erk.. aku ne memang muka masalah ke?

" er tak adelah pakcik, biasalah pagi2 nak pikir ape yang kena wat dulu.." pandai aku cipta ayat

"..kita ne kena hormat diri dulu sbeelum minta orang lain hormat kita "...aku terdiam dan tergamam..ape maksud pakcik ne.......

panjang lebar penerangan dia.. aku kagum mendengar sambil nasi lemak tak dijamah... pakcik ne gtau aku.. 
kita dalam dunia ne kita kena tahu siapa diri kita yang sebenar..hidup ne bukan kita nak minta orang hormat kita sangat sebab kita ne ada kedudukan, kewangan, pangkat... tapi belajarlah untuk hormat diri dulu,,,keputusan yang kita buat patut kita utamakan dari orang lain yang  rancangkan..

anak kena tegas dalam  urusan.. jgn biarkan org sekeliling kita buat kita rasa seperti bagai lembu dicucuk hidung.. anak kena tahu , anak yang mengawasi emosi perasaan dan pilihan sendiri..

anak ne masih muda, pakcik tgk anak ne tersepit dengan pilihan sendiri.. anak kalo rasakan tak mampu teruskan yang ada sekarang jangan teruskan..pikir sehabisnya,..( dlm hati..pakcik ne mana tahu aku tersepit?)...anak, dlm hidup kita ne kadang2 kita susah nak ramal perancangan orang disekelilig kita.. kita tatau adekah orang yang kita baru kenal ne baik atau jahat...dan kita juga tatau yang lama kita kenal  adekah dia jahat berterusan atau dia mampu untuk berubah...

anak seorang perempuan, jgn biarkan orang lain hilangkan kehormatan diri kamu..pikir sehabisnya sebelum terlambat...


aku tersedar sesuatu... apa yang aku dah buat sebenarnya.. aku merasakan aku ditarik dengan nafsu sendiri..Ya Allah aku bingung....

sejak akhir2 ne aku selalu mimpikan si dia, sedar je jam dah kul 3.00 pagi.. aku mimpikan dia datang dengan senyuman..sejujurnya aku rindukan dia..:'(

Saturday, April 13, 2013

ikhlaskah?


wanita dan bunga takkan boleh terpisah..
tapi sgt sweet pulak lelaki bagi bunga..seumur hidup aku ne la kali pertama aku terima kejutan sejambak bunga dihantar ke office..umm... di tulis " cik nana, suprise!"..da agak dah sape punya keje..takkan ada yang sudi panggil aku cik nana melainkan si MR H. aku nangis masa pegang bunga ne ..sebab aku tak penah dpt.


apepupun sejambak bunga ne bukan melambangkan setia atau tak, romantik ke tak..cukup bagiku tanda dia hargai aku..
walaupun hanya sekadar kawan, dia sentiasa ingatkan ..
JANGAN MEMBAZIR AIR MATA UNTUK YANG TIDAK SUDI..HIDUP NE BUKAN NAK MENANGGUNG RASA SEDIH HATI TAPI  PATUT RASA SYUKUR ALLAH BAGI KITA HIDUP BERPASANGAN.. 

nice word but really appreciated..

ramai lelaki akan pikir wanita ne gedik sgt nak bunga la nak coklat itu la ini la.. lumrah seorang wanita yang ingin diri dihargai..hargai bukan bermaksud bagi harta benda atau penuhi kehendak dan kemahuan.. bukan semua perempuan mcam ne ok!
hargai wanita  ada banyak cara.... salah satu cara ikhlas dan doa..

ikhlaskanlah diri untuk menerima siapa disisi kita..ikhlaskan diri untuk terima kekurangan dan kelebihan dia.. selebihnya doa dan tawakal..andai tiada jodoh, jgn diungkit silap yang lalu tetapi muhasabah diri and jgn ulangi silap terhadap orang lain..orang lain tak patut tanggung derita kita yang lalu.. macam pakcik H ne cakap..
past is past.. lets open new chapter and dont repeat same mistake, lets yourself free and fresh...

appepun jgn anggap semua wanita ne sama ye..lain orang lain caranya .. bagi aku, cara aku simple saja.. IKHLAS ..kalo tak ikhlas yang manis jadi tawar, yang indah jadi buruk , yang tenang jadi serabut..

aku blja dri kesilapan....





Friday, April 5, 2013

harus terpisah


dengarlah suara hati ini 




retakknya sekeping hati




apabila aku mulai rasa kecewa, aku biarkan air  mata ini mengalir di hamparan sejadah.. menadah tangan memohon agar Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi..selama ini aku hanya mampu menahan sakit dalam hati..ku ukir sebuah senyuman walaupun dalam hati bersarang seribu kedukaan
aku biarkan air mata ini terus mengalir saat  aku kecewa dan akhirnya aku terlena dalam sedihku.. bangkit dari mimpi, aku  masih tersenyum  dan hampir terlupa apa yang aku tangiskan .. 
dan hari ini.. aku takkan biarkan  air mata ini terus mengalir kerana seseorang.. cukup ..aku benar2 sakit .. 

hari ini  aku belajar untuk menerima kenyataan.. lebih baik kita melepaskan sesuatu yang kita sayang sebab dia adalah milik Allah .. walaupun perit , sakit sgt2 aku kena terima  Allah hanya pinjamkan dia untuk sementara waktu.. Allah hadirkan dia supaya aku  belajar untuk berdikari.. tgk hri ini , aku mampu harungi segala payah hidup ini  tanpa dia disisi.. Allah aku hadirkan dia supaya aku  didik hati ini  agar jgn terlalu  manja dan mengada2 dengan lelaki.. semua kita kena usaha sebab semua ini datang dari Allah..

buat seorang lelaki yang pernah hadir dalam hidup ini..
saya bersyukur mengenali awak, maaf saya memilih untuk diam sebab saya tak mahu lagi melukai hati awak.. cukupla saya senyap dan perhati awak dari jauh agar awak belajar untuk terima kenyataan saya bukan lagi milik awak.. saya memilih untuk berpisah bukan kerana saya benci kan awak dan saya memang tak layak benci kan awak..cukup sekadar awak tahu  hati saya sudah tutup untuk menrima sinar cinta.. 
maaf saya tidak sempurna malah ada cacat cela..selama ini saya hanya rasa sayang sendiri , sedangkan awk kaku saja.. takpe saya tak mampu jadi yang terbaik depan mata awak.. 
maafkan saya sebab tak mampu meluahkan apa yang saya rasa, menjelaskan keadaan malah  saya tak mampu beri peluang kedua sebab saya tak nak  saya seidh lagi..
istikarah cinta saya menemukan jawapan, kita harus memilih jln sendiri ..
saya undur diri

awak patut ingat kata2 saya dulu...
"saya akan lepaskan awk pergi saat awak sudah berjaya kecapi apa yang awak impikan "





Sunday, March 24, 2013

kita takleh memaksa



yes saya tahu awak pernah  curi hati saya.. ye saya tahu awak pernah rasa sayang pada saya..tapi hari ini saya tak mampu  memaksa diri untuk sukakan awak lagi

sedih je bunyi.. tapi hakikatnya kenapa kita perlu sedar kehadiran seseorang yang amt berharga buat kita saat yang terakhir?? kenapa perlu mengejar bayangan yang kian pergi?

peliklah manusia macam ne.. bertahun setia tapi  hanya sedar  sayang itu ada di saat  seseorang sudah tawar hati...mulalah merayu jgn tinggalkan apa yang ada..

yes, kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada termasuk dengan pasangan kita sendiri tetapi adalah sgt menyedihkan apabila kita yang beriya-iya korbankan lebih dari kemampuan sedangkan si dia hanya perhatikan saja!

benarlah kata orang,.apabila kita memaksa, ianya memakan diri .. bak kata kawan aku.. kalau kita memaksa, manis itu akan hilang...

jadi lepaskanlah dia pergi, biarlh dia dengan pilihan hidup dia sendiri..sayang mcm mana pun belum tentu kita mampu membahagiakan dia untuk akan datang... kita mampu berjanji..melaksanakan tuh susah..

" saya lepaskan  segalanya pergi bukan kerana tak sayang tetapi saya sedar saya teleh memaksa awak mencintai saya sehinggakan segala yang manis hilang...hanya yang tinggal hatis yang terguris "



Tuesday, February 12, 2013

life as customer service

jeng jeng jeng...

nelah kerjaya aku sekarang.. as executive customer service dekat ......( biarlah rahsia )

well kalo ramai tak tahu n nak tahu.. kerja ne memang mencabar sebab korang akan banyak bercakap..bercakap..bercakap.. and bercakap..
korang juga adalah
 PENASIHAT, PENEMAN BICARA , PENAHAN KEMAKIAN , PEJUANG KE ARAH KEADILAN, PENYABAR , PENYAYANG dan segala macam PE... yang korang leh letakkan .. ehehehehe

dulu aku tak penah pikir nak keje camne.. seyes..
aku mulakan keje as kerani pastu beralih ke  executive  lepas tuh ke power girl yang hanya pegang title executive tpi kena keje macam buruh kasar.. sehinggalah aku  pilih as customer service..

ramai yang akan anggap keje camne hanyalah peluang terdesak sebab dah tak ada keje....tapi hakikatnya memang betul sebab sekarang dah tak leh pilih keje.. keje la ape sekalipun asalkan halal.. jgn pikir ape korang study  tak relate ngan keje sekarang.. SEBENARNYA ADA KAITAN ...

keje aku  hanyalah jawap call , settlekan masalah  customer, if teruk benor folllow up case.. habis  shift terus balik.. itu saja...memang nampak senang  tapi  siapa yang penah duduk kat tempak cust service ne kompem korang akan rasa betapa  mencabarnya keje ne..

sepanjang aku keje, aku dah bercakap ngan berpuluh2 ribu orang... bayangkan satu hari aku mampu bercakap  60+ customer ...kalo call banyak leh mencecah 100 kot sehari . di antara mereka banyak kategori yang aku leh spesifikkan

GROUP 1 ( SPORTING ) - leh siap gelak2 lagi.. and sgt memahami  andai problem yg diorang alami leh settle and sanggup tunggu

GROUP 2 ( PUTAR -BELIT ) - aku  pening nak layan sebab dia akan repeat cite yang sama , merayu2 and  suka mendesak

 GROUP 3 ( PANAS BARAN aka TAK ADA IMAN )- ne satu hal.. suka sgt maki2 .. macam bagus je...asyik tunding jari cakap service is not good ..tapi bila silap sendiri tak nampak

GROUP  4 ( SOMBONG )- haaaa golongan ne nada dia sombong bongkak kemain, belagak macam bagus ..

apepun setiap  group yang aku cakap ne kena layan sama adil.. baik ke buruk aku  cuba terbaik  untuk menjadi yang terbaik di telinga mereka.. terpulang untuk  menilai  aku macam mana.. yang penting aku dah cuba ..hehehe

kalo sape yang nak  pilih kerjaya ne.. satu jelah aku leh cakap.. BE POSITIVE... korang takkan keje sorang2 sebab team mate ko  , manager and sesape je kat sekeliling ko akan support .. kena maki, marah or sakit hati mcam mana pun boleh settle
paling best kerja ne, once your job is done, dont bring it to  ur home.. leave it !.. :)

 jgn pikir keje ne last choice yang korang akan buat .. ye nampak mcam remeh hakikatnya mencabar.. sepanjang aku keje sebagai kuli ,kerani excutive, aku tak penah merasakan betapa berharganya setiap masa yang aku lalui.. contoh aku  berikan.. aku jadi seorang yang punctual, more accurate with my work , give full commitment and be postive .. sorry to say, aku tak ada masa nak lepak2 mcm keje sebelum ne.. x ada masa nak mengular pon...keje pun tak ada kualiti sebelum ne ..tapi kat call centre habis keje logout balik! sound like robot kan?? but actually not.. meh try pakai headset and layan customer.. hehehehehhe

teringat pesan seorang makcik neh..
" anak bertuah  keje camne , walaupun makcik marah macam mana pun anak mampu bersabar and layan makcik yang dah tua ne dengan baik.. bagus nak, moga Allah  bukakan pintu rezeki kamu.. sejuk perut ibu kamu  melahirkan sebab dapat anak ang sgt  sabar dan hormat orang tua "







lamanya tak menulis

hurmm..sekian lama menyepikan diri (tangan ke bahu mata ke atas )  akhirnya aku amik keputusan untuk mengarut kat sini.. bukan ape .. bz ngan keje , urusan rumah tangga , baju  yang menimbum, kereta yang manja dan sebagainya. hahahahha

first thing yang terlintas dalam fikiran aku sekarang adalah untuk mulakan satu AZAM ..
azam ne standard la semua orang ado.. sama ada LAKSANAKAN atau TIDAK je..
begitu gak ngan aku.. nak buat ke tak... apepun cuba yang terbaik

actuallay aku berazam nak  saabung balik blogging kat sini.. itupun kalo masih diizinkan Allah S.W.T
cuma aku tak pasti sama ada aku mampu lakukan atau tak..

okeylah  senang cita aku cuba untuk teruskan blogging.. banyak benda yang aku leh cite sikit2 ..
lagipun skunk aku belajar untuk jadi seorang yang matang ..  hahahhaha

okey lets continue blogging .. :)