Sunday, November 15, 2009

kenali diri, kenali hati dan kenali perasaan sendiri

kadang2 kita tak pernah fikir sesuatu yang sukar untuk hari ini adalah kebaikan untuk masa akan datang. apa yang kita tahu kita nak yang terbaik untuk diri dengan kadar yang segera tanpa mempedulikan sesuatu yang baik dan buruk akan terjadi..
kenali diri kita seadanya..apa yang kita mahukan dan apa kehendak kita cuba fikir adakah ianya berlandaskan nafsu atau berlandaskan kemahuan,keperluan atau kehendak...diri kita terlalu bernilai dan sangat berharga kerana diri kita adalah diri kita dan tak ada siapa yang boleh cipat untuk yang kedua..diri kita dalah hak cipta terpelihara...kenapa kita kenali diri kita tapi tak kenal hati kita? hati adalah sesuatu yang berharga buat diri kita.hati sangat sensitif dan sangat mudah beremosi..kerana sekali kita disakiti oleh desakan perasaan dan desakan n tekanan keadaan, hati akan beremosi dahulu....
kadang-kadang kita berada di atas dan kadang-kadang kita berada di bawah...di bawah tak selamanya kekal di bawah dan di atas tak selamanya kekal di atas...kadang2 tak munasabah langsung kita fikirkan kita adalah yang mundur, bodoh, dan etc...Allah telah ciptakan kita dengan sebaiknya..dan setiap kelemahan kita pasti ada kelebihannya...
jangan tipu pada perasaan sendiri...kenapa perlu menipu sedangkan perasaan kita perlu dijaga ibarat harta kita yang paling bernilai..jangan bunuh perasaan sendiri dengan tekanan perasaan, pendaman hati dan kekalutan jiwa...andai kita suka sesuatu , lakukan sesuatu untukmendapatkan nya kerana ianya membawa makna buat jiwa dan diri kita seadanya..andai kita tak sukakan sesuatu, jauhkannya...kenapa perlu terima sedangkan hati kita tak ada perasaan langsung..diri kita tak mahukannya....
kadang-kadang kita terasa kecewa jika kita berhadapan dengan sesuatu yang tidak ada kepastian, kita buntu untuk memikirkan cara untuk jalan penyelesaian...lagi hebat penangan buat hati dan  perasaan  apabila kita dilukai dan diseksa dengan desakan perasaan tanpa belas kasihan..kasihan perasaan dan hati kita...terpaksa menanggung jiwa yang lara...
kenali la diri kenali hati dan kenali perasaan sendiri...sayangilah diri kita seadanya dengan keyakinan dan kekuatan hati..bangunlah dari sengsara..bangkitlah dari kecewa..setiap yang terluka pasti ada hikmahnya..setiap yang merana pasti akan gembira....

( teringat kisah kawan aku yang sentiasa happy go lucky tapi hakikatnya dia sangat kecewa dirundung pelbagai masalah yang sering mengentam jiwa dia )