Thursday, June 20, 2013

aku dan si bunga daisy



aku suka bunga daisy..sejak aku berminat buat  felt  craft, aku amat meminati kecantikkan bunga daisy ne..
ramai gadis2 , gegurl2 di luar minat pada rose.tapi aku tak.. aku sekadar biasa2 je pada bunga ros.. akui  dah dua kali aku terima sejmabak bunga rose..cuma siapalah yang akan bagi aku bunga daisy kan.. heheheh


so entry kali ini mengisahkan bunga daisy..
daisy ne melambangkan peribadi kita.. dia mekar dipagi hari.. dan bersifat sederhana.. warna putihnya melambangkan kelembutan dan kesantunan yang ada.. terserlah  kekuningan di tengahnya bersifat  sekeping hati yang  suci dan bersinar ... ecewha hyperbola betul ayat..hihi

ne aku copy dari  blog org lain

BUNGA DAISY
Kepolosan, kemurnian, kesucian, kesetiaan, kelembutan, kesederhanaan
Putih
 : kepolosan, cinta setia
Merah : kecantikan yang tidak diketahui pemiliknya, cinta, tulus, sederhana, cinta yang jauh dari gairah yang berlebihan, cinta diam-diam
Oranye
 : kehangatan, sukacita, semangat


tapi aku suka warna putih n merah...heheehe

apepun aku mecontohi bunga daisy ..

Daripada ciptaaan-ciptaan Allah, kita boleh belajar banyak perkara dan mengambil ibrah daripada pelbagai aspek.

"Katakanlah, 'Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi!' Tidaklah bermanfaat tanda-tanda kebesaran Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi org yang tidak beriman". (Yunus:101)


"..antara langit dan bumi,(semua itu) sungguh, merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti."
 (al-baqarah:164)



Belajar daripada bunga daisy, kita diajak utk hidup secara bersederhana, rendah hati tanpa harus menyombongkan diri.

Tidak perlu juga bermewah-mewah hanya untuk menampilkan keindahan atau kecantikan diri sendiri.

Bunga daisy yang sentiasa kelihatan mekar di pagi hari mengajar kita utk menyambut hari dengan kesegaran dan senang hati agar hari ini lebih baik daripada semalam dan esok sentiasa lebih baik daripada hari ini. InsyaAllah.

Rendahkanlah hatimu serendah mutiara ! rendahkan hati dan bersederhanalah seperti bunga daisy

1 comment:

  1. Hi Kuala;
    My name is Züleyha,
    I'm from Turkey..
    I like from your blog,
    İt's really very nice..
    And I love too daisy :)
    I hope nice a day for you..
    Bye :)

    ReplyDelete