Friday, September 27, 2013

ibarat kata...

ibarat kata..
setandan pisang yang cantik luarnya pasti dicelahnya ada seulas yang sedang busuk

yang cantik itu tak semestinya  berkualiti..mungkin dia barang recon.. yang mahal itu tak semestinya berkualiti..mungkin dia made in china..

begitu juga dengan kehidupan kita seharian..kenapa kita perlu  menilai seseorang hanya kerana dia adalah " barang  recon" atau pun barang " made in china" ?
dan siapa kita nak tentukan dia seorang berkualiti atau  tak?

kisah silam yang lalu  biarkan dia uruskan dengan Allah.. Allah menerima taubat seseorang  seandainya dia benar2 bertaubat.. dna diri kita??? adekah kita bersungguh2 bertaubat?adakah kita ne sempurna sgt?
kita tak akan sempurna sebab kita  juga ketara melakukan kesilapan..yang menilai baik atau tak hanya Allah yang berhak

kehidupan ini adalah satu luar jangkaan..we cant assume what will be happen next..
jadi jangan pikir  sebiji  pisang yang hampir busuk  tak berguna.. sebab ia boleh dijadikan bahan untuk buat cucur pisang.. tapi pisang yang sedang masak, sedap ke buat cucur pisang? haaaaa..pikirikan..

kesimpulan disini, jangan menilai seseorang dari kisah silamnya tapi kenallah dia siapa diri dia yang sekarang..mungkin dulu dia jahat tapi hari ne dia dah berubah...jadi kenali la siapa dia yang sekarang..sedar atau tak,  Allah selalu  memperkenalkan kita dengan seseorang , tak kisah dimana pu kita berada, baik lelaki mahupun perempuan..

aku  tersedar tentang hal ne..hari ne baru aku tau.. Allah hadirkan seseorang dalam hidup aku sebab Allah tahu dia mampu  buat aku  tersenyum setelah aku lalui pelbagai  ujian dan rintangan dalam hidup... dan seharusnya aku memperdekatkan diri aku dengan Allah..kehadiran  seseoang bukan untuk menyusahkan tetapi membahagiakan..

jadi tersenyumlah sayang

petikan  dari artikel Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Wahai anakku,
Sentiasalah berlapang dada dengan teguran seseorang padamu, kerana setiap teguran akan menjadi permata yang sangat berharga seandainya kamu menerimanya sebagai satu nasihat. Seandainya kamu tidak melakukan apa yang dinyatakan itu, maka jadilah ia pedoman masa depanmu, dan sekiranya nasihat itu benar, ambillah ia sebagai sesuatu yang bernilai.

Wahai anakku,
Suatu hari Khalifah Umar al-Khattab keluar bersama al-Jarud bin al-Abdi. Tiba- tiba muncullah seorang wanita tua, memberi salam kepada Saidina Umar, lalu salamnya dijawab oleh Saidina Umar. Wanita itu memohon agar Saidina Umar memperlahankan perjalanannya bagi memberi peluang ia berbicara dengan Saidina Umar.

"Wahai Umar aku telah mengenalimu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar sewaktu kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga kamu dikenali dengan panggilan Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah swt mengenai hal rakyatmu…”

Mendengar kata-kata wanita itu, lalu al-Jarud bin al-Abdi menegur wanita itu, "Kamu telah lama bercakap-cakap dengan Amirul Mukminin wahai wanita tua."

Mendengar kata- kata itu, Saidina Umar menegur al-Jarud, “Kenalkah kamu siapa wanita ini. Inilah Al-Khaulah binti Hakim. Biarlah dia berbicara, kerana Allah mendengar aduan dan bicaranya, sesungguhnya Umar lebih layak mendengar kata-katanya."

(Aduan al-Khaulah didengari oleh Allah sehingga turun wahyu surah al-Mujaadalah:1 "Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.")

Wahai anakku,
Ambillah kisah ini sebagai suatu panduan bagimu, kerana engkau tidak sebaik Umar al-Khattab dan jauh daripada Al-Khaulah yang aduannya dijawab oleh Allah. Namun kemuliaan itu akan tetap ada pada sesiapa sahaja, selagimana ia sedia berlapang dada dengan nasihat dan teguran.

Wahai anakku,
Syaitan akan berusaha agar engkau memandang rendah kepada mereka yang menegurmu, tambahan pula andainya yang menegurmu itu lebih rendah darjat dan ilmu darimu. Awasilah kesombongan dan egomu, kerana mereka yang sombong tidak akan mendengar segala teguran, apa lagi untuk menerimanya.

Wahai anakku,
Engkau akan selamat selagi mana kamu menyedari hakikat ini. Bersabar sedikit dari kesakitan di dunia ini, kerana kesakitan dan deritanya tidak kekal. Sedang akhirat yang akan kamu tempuhi adalah alam yang lebih baik dan lebih kekal. 





Saturday, September 21, 2013

aku belajar sesuatu

syukur  aku masih hidup...

syukur Allah  gerakkan hati aku  , buka hati aku  minda aku untuk menjadi seorang yang  general to talk with people.. seronok bila mengenali ramai  kawan yang berlainan latar kehidupan..

kawan tak bermaksud kita ne "GATAL" atau " MIANG" atau sewaktu dengannya... niat di hati  penting dan ikhlas kita berkawan bukan  kearah  maksiat tetapi dari kawan juga adalah salah satu cara muhasabah diri,didik hati agar lebih bersyukur

ternyata setiap orang ada cerita tersendiri tentang kisah  hati mereka.. bila dgr cite mereka, aku tersenyum saja..malah ada yang hampir sama saja jln cerita dengan aku cuma ending  je berbeza...aku belajar dari seorang kawan yang bagitahu aku sesuatu perkara yang buat aku terpikir.

.kenapa kita perlu ada rasa jelous pada pasangan kita

dia jujur bgtau aku, dia memiliki  ramai kawan perempuan dan dia tak paham kenapa ada yang sukakan dia.dia tak tahu kenapa perlu ada jelous2 sedangkan hati dia hanya ada satu, kuato dia ada 4..hahahha
digtau aku, dia ne biasa2 je, tak encem, tak kaya, selekeh, ape yang ada pun tatau la..tapi kenapa setiap kali  dia nak  bekawan, dia hairan  mudahnya perempuan ne jatuh cinta

aku brainwash  dia..
hey kawan, perempuan sifat dia lembut, mudah jatuh hati , mudah terluka..dan aku tgk ko ne sweet talker sgt.. sebab tuh dengan mudah perempuan  jatuh hati..

nk tau dia kata pe ?
aku simpulkan dengan ayat aku sendiri...aku plak  yang tersentuh dgn kata2 dia..

kita berhak  untuk berkawan dengan mana2 orang.. dan kita TAK BERHAK untuk  merasai jeles apabila si dia berkawan dengan orang  lain..kita kena yakin jodoh tuh telah ditetapkan , telah dituliskan untuk kita..
kita berkawan  banyak manapun  bukan semua tuh  leh dijadikan  bini/suami.. hati ada sekeping.. hati ne  hanya  dimiliki oleh  seorang saja..kalo kita rasa kita terlampau  jelous melihat dia mesra sgt ngan orang lain... jaga hati kita dahulu..kalo da tak mampu.tinggalkan je walaupun sayang mcmne pun.. hati kita bukan bola orang leh  lontar ke dinding dan akan pantul balik  kalo dia nak sambut.. kita ada Allah.. Allah dengar setiap  doa kita..

dia juga bagitahu aku..

dalam banyak2 kawan  yang  Allah hadirkan dalam hidup dia..hanya ada seorang saja yang mampu memahami dia dan dia terasa tenang.. mcam Ustaz Azhar Idrus cakap..kalo kita tgk seseorang, terasa lapang dada, tenang jiwa, hati kita mudah nak mendekatkan diri pada Allah , itulah petanda jodoh yang baik..

dia simpulkan ayat dia..selebihnya serahkanlah pada Allah.. diri sidia bukan hak milik mutlak kita..
doa restu dari ibu bapa juga adalah penting..andai mereka tak redha, jodoh itu takkan kemana.. akan berakhir juga...

dia gtau aku satu perkara menarik.. kalo  seseorang itu berlapang dada mempelawa kita ke rumah dia untuk berjumpa keluarga dia,, bermakna lelaki itu jujur dengan  hubungan  anda..

** leh tahan jiwang gak  kawan aku ne..tapi apa dia cakap membuatkan aku terpikir..

yelah sape tak jeles kalo  bf sendiri  berkepit/ber sms dengan orang lain, dgn kita dia layan biasa2 je..tapi aku belajar sesuatu ,  lepaskan kekusutan dihati  demi meraih  nikmat  syukur dan bahagia..jodoh takkan kemana , lari macamne pun, teruk mcmne pun, andai dia milik kamu.. tetap milik kamu..senyum :)