MENGARUT VERSI 1
ok ne adalah percubaan mengarut pertama aku di malam ini. edisi lepas adalah sesi luahan hati aku yang berkecai derai..
ne percubaan mengarut di dlaam edisi pemulihan.. aku tulis balik..PERMULIHAN
fasa pemulihan
fasa dugaan yang menguji kesabaran aku.. sabar tu sebahagian dari iman.. ye betul..iman aku kena kuat..
mana taknya..bulan ne ramai kawan-kawan aku yang aku tatau wujud dari mana bertubi2 send whatsapp aku.. tak cukup dengan itu, fb , twitter, WE CHAT PUN SAMA penuh msg2 yang buat aku tercabar..
rupanya mereka mengehebohkan berita perkahwinan mereka..bila tunang pun aku tatau.. waaaahhhhhhh terujanya.. tetapi aku tercabar.. okey aku agak tercabar.. awalnya aku sebagai teman balas komen2 mereka.. lama2 saat aku nak tido, tgh keje.. g tandas pun tak henti2 whatsapp masuk.. siap cakap
" tahun ne aku dapat beraya ngan future hubby.. kau ado ??"
aku hanya sebagai pemerhati.. BACE JELA ...LAYANKAN JE..SABO..SABO..SABO...
masuk pula msg dari kawan aku si minah comel ne..
" lin.... aku tak ada calon.. macamne ne.. depa semua pakat kawen tahun ne,.aku calon pun tak ada.. kau ada calon tak..rekemen satu ?"
amboi aku kena jadi broker.. okey aku dgn selambanya balas.. " dayah, aku pun tak ada calon.. jum masuk page cari jodoh.." ..hahahhaha
sampai hari ne msg whatsapp aku tak henti3 dengan tujahan cerita kawen..aku sangkakan topik akan ditukarkan konvoi nak pegi..sedap sikit nak baca n plot cuti.. RUPANYA topik beralih ke aku.. hambik! aku kena setepek dgn mereka.. " woi.. ko bila lagi? ko senyap je..ke da kawen "..pedih ..
aku reply.. " LAA KORANG TATAU KE AKU DAH KAWEN... DA ADA ANAK 2 PUN,..NE DALAM PERUT OTW YANG KETIGA.."..hahahaha... geram punya pasal...
kesimpulannya.. aku yakin jodoh itu ada..walaupun lambat manapun selagi Allah tak tetapkan dia milik aku.selagi itu aku harus bersabar dan redha dengan ketentuan Allah..Dia Maha Mengetahui sesuatu yang baik dan buruk buat aku..
mungkin fasa pemulihan ne Allah nak biarkan aku rest and pikir..bercinta manapun sebelum nikah takkan kemana jawapnya.
Allah beri aku peluang perbetulkan apa yang aku dah buat silap.yang lalu biarkan berlalu..teruskan kehidupan ini kerana "masa" buat aku didunia ne akan terhenti bila2 je..
Allah temukan kita dengan orang yang salah supaya kita kenal erti baik dan buruk..dan kenal erti ikhlas sebenarnya sebelum Allah temukan kita dengan orang yang betul
apepun seandainya tiada si dia didunia..mungkin dia ada di syurga,.