Thursday, December 26, 2013

khas untuk seorang wanita ^______________________^

Allah s.w.t berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita , ia diharuskan untuk menjadi seorang yang sangat istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia yang penuh dengan bermacam bagai masalah , namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku memberikan wanita itu sebuah kekuatan dari dalam dirinya untuk dia mampu melahirkan anak – anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya sendiri " "Aku memberikan wanita itu erti kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah , dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan daripada penat tanpa mengeluh sedikit pun " "Aku memberikan wanita itu kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberikan wanita itu erti sebuah kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " " Aku memberikan wanita itu kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik pasti takkan pernah menyakiti isterinya , tetapi kadang – kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu – ragu " " Dan akhirnya , Aku memberikan WANITA itu dengan suatu yang indah , iaitu AIR MATA untuk dititiskan pada waktu yang dirasakan nya adalah tepat . Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan. "

Tuesday, November 12, 2013

CARA MUDAH UNTUK KOSONGKAN FIKIRAN YANG BERSERABUT

latetly ne aku sgt stress dengan pelbagai masalah.. sekali aku terjumpa tips yang sgt  relevan untuk  diamalkan..
jum baca ...

13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut

Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.

Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

1. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Kenalpasti Yang Utama
Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting
Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. Cukup Rehat & Tidur
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. Kembali Kepada Alam
Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

10. Kemas Ruang Anda
Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. Sedikit Lagi
Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. Buat
Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh

Thursday, October 31, 2013

alangkah indahnya

aku suka dgr lagu akustik yang dimainkan oleh encik cumi..
aku nangis bila dgr lagu ne.. tetiba emo..
n alangkah indahnya si dia nyanyikan lagu ne tok aku
:(


Thursday, October 3, 2013

kisah chenta aku






ne semua  gara-gara Akasia TV3 .. tgk aku dah mula  berangan yang merepek bagai

mula2 aku fan kepada cite Nora Elena, pastu  aku berhenti jap , sambung pulak cite setia hunjung nyawa, Kau yang Terindah,Julia, ada satu cite ne aku tak ingat tajuk dia, lakonan Almy Nadia and Fizo...itu memang  feel habis..paling mantap cite Cinta Jannah...hhaha
Demi  Dia AKU TAK LAYAN- sorry to say sebab heroin dia  mcm terlalu muda nak mainkan watak  seorang isteri..ooppss :P

skunk aku fan kepada cinta LOVE YOU MR AROGANT!
damn kalo leh  setiap hari aku nak balik awal, nak duk depan Tv tonton cite ne.. tapi apekandaya, kerana keje shift terpaksa la aku  ulang tayang kat Tonton.my.. nape la  TV3 tak mcm Astro buat  ulang tayang balik cite, senang sikit aku nak ngadap tv dari ngadap  laptop sambil menunggu  wifi aku  laju sikit nak download  cite! huh..

ok angkara semua cerita di slot akasia ne membuatkan aku  dah bukan lagi ulat novel.. bagus juga pengarah2 ne menghidupkan watak dalam novel ke layar sebab mereka menghidupkan watak  dan membuatkan kita terasa seperti berada dalam situasi cerita itu..dengan  pelakon2 yang hebat dan  bijak memainkan  watak..

dan kerana semua ne la membuatkan  aku mula " berangan" oh alangakah indahnya aku la si heroin itu dan si hero adalah chenta hatiku.. oh  bestnya kalo  si chenta aku jadi camne dan camtuh....kalo la dia  tahu compem dia kutuk aku dan sekeh aku..hahahhhaha

moral of the story dari semua cerita  yang aku tgk , aku dapat  simpulkan jalan cerita mereka hampir sama cuma setiap cerita itu ada kisah penagjaran  tersendiri..
aku cam tak  sabar2 nak  abis tgk cite love you mr arogant  sebab watak hero dia  serupa dengan watak  chenta aku..hahahahh..aku menangis kut  tgk cite ne bila Zaara kena  buli, kutuk , maki dan caci... kecian dia..apepun.. aku  layan dulu cite ne sampai habis.. :P


p/s : boley tak  TV3 cut  off sikit iklan..lama sangat  aku nak tunggu  sambungan citer..huhuhu

Friday, September 27, 2013

ibarat kata...

ibarat kata..
setandan pisang yang cantik luarnya pasti dicelahnya ada seulas yang sedang busuk

yang cantik itu tak semestinya  berkualiti..mungkin dia barang recon.. yang mahal itu tak semestinya berkualiti..mungkin dia made in china..

begitu juga dengan kehidupan kita seharian..kenapa kita perlu  menilai seseorang hanya kerana dia adalah " barang  recon" atau pun barang " made in china" ?
dan siapa kita nak tentukan dia seorang berkualiti atau  tak?

kisah silam yang lalu  biarkan dia uruskan dengan Allah.. Allah menerima taubat seseorang  seandainya dia benar2 bertaubat.. dna diri kita??? adekah kita bersungguh2 bertaubat?adakah kita ne sempurna sgt?
kita tak akan sempurna sebab kita  juga ketara melakukan kesilapan..yang menilai baik atau tak hanya Allah yang berhak

kehidupan ini adalah satu luar jangkaan..we cant assume what will be happen next..
jadi jangan pikir  sebiji  pisang yang hampir busuk  tak berguna.. sebab ia boleh dijadikan bahan untuk buat cucur pisang.. tapi pisang yang sedang masak, sedap ke buat cucur pisang? haaaaa..pikirikan..

kesimpulan disini, jangan menilai seseorang dari kisah silamnya tapi kenallah dia siapa diri dia yang sekarang..mungkin dulu dia jahat tapi hari ne dia dah berubah...jadi kenali la siapa dia yang sekarang..sedar atau tak,  Allah selalu  memperkenalkan kita dengan seseorang , tak kisah dimana pu kita berada, baik lelaki mahupun perempuan..

aku  tersedar tentang hal ne..hari ne baru aku tau.. Allah hadirkan seseorang dalam hidup aku sebab Allah tahu dia mampu  buat aku  tersenyum setelah aku lalui pelbagai  ujian dan rintangan dalam hidup... dan seharusnya aku memperdekatkan diri aku dengan Allah..kehadiran  seseoang bukan untuk menyusahkan tetapi membahagiakan..

jadi tersenyumlah sayang

petikan  dari artikel Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Wahai anakku,
Sentiasalah berlapang dada dengan teguran seseorang padamu, kerana setiap teguran akan menjadi permata yang sangat berharga seandainya kamu menerimanya sebagai satu nasihat. Seandainya kamu tidak melakukan apa yang dinyatakan itu, maka jadilah ia pedoman masa depanmu, dan sekiranya nasihat itu benar, ambillah ia sebagai sesuatu yang bernilai.

Wahai anakku,
Suatu hari Khalifah Umar al-Khattab keluar bersama al-Jarud bin al-Abdi. Tiba- tiba muncullah seorang wanita tua, memberi salam kepada Saidina Umar, lalu salamnya dijawab oleh Saidina Umar. Wanita itu memohon agar Saidina Umar memperlahankan perjalanannya bagi memberi peluang ia berbicara dengan Saidina Umar.

"Wahai Umar aku telah mengenalimu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar sewaktu kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga kamu dikenali dengan panggilan Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah swt mengenai hal rakyatmu…”

Mendengar kata-kata wanita itu, lalu al-Jarud bin al-Abdi menegur wanita itu, "Kamu telah lama bercakap-cakap dengan Amirul Mukminin wahai wanita tua."

Mendengar kata- kata itu, Saidina Umar menegur al-Jarud, “Kenalkah kamu siapa wanita ini. Inilah Al-Khaulah binti Hakim. Biarlah dia berbicara, kerana Allah mendengar aduan dan bicaranya, sesungguhnya Umar lebih layak mendengar kata-katanya."

(Aduan al-Khaulah didengari oleh Allah sehingga turun wahyu surah al-Mujaadalah:1 "Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.")

Wahai anakku,
Ambillah kisah ini sebagai suatu panduan bagimu, kerana engkau tidak sebaik Umar al-Khattab dan jauh daripada Al-Khaulah yang aduannya dijawab oleh Allah. Namun kemuliaan itu akan tetap ada pada sesiapa sahaja, selagimana ia sedia berlapang dada dengan nasihat dan teguran.

Wahai anakku,
Syaitan akan berusaha agar engkau memandang rendah kepada mereka yang menegurmu, tambahan pula andainya yang menegurmu itu lebih rendah darjat dan ilmu darimu. Awasilah kesombongan dan egomu, kerana mereka yang sombong tidak akan mendengar segala teguran, apa lagi untuk menerimanya.

Wahai anakku,
Engkau akan selamat selagi mana kamu menyedari hakikat ini. Bersabar sedikit dari kesakitan di dunia ini, kerana kesakitan dan deritanya tidak kekal. Sedang akhirat yang akan kamu tempuhi adalah alam yang lebih baik dan lebih kekal. 





Saturday, September 21, 2013

aku belajar sesuatu

syukur  aku masih hidup...

syukur Allah  gerakkan hati aku  , buka hati aku  minda aku untuk menjadi seorang yang  general to talk with people.. seronok bila mengenali ramai  kawan yang berlainan latar kehidupan..

kawan tak bermaksud kita ne "GATAL" atau " MIANG" atau sewaktu dengannya... niat di hati  penting dan ikhlas kita berkawan bukan  kearah  maksiat tetapi dari kawan juga adalah salah satu cara muhasabah diri,didik hati agar lebih bersyukur

ternyata setiap orang ada cerita tersendiri tentang kisah  hati mereka.. bila dgr cite mereka, aku tersenyum saja..malah ada yang hampir sama saja jln cerita dengan aku cuma ending  je berbeza...aku belajar dari seorang kawan yang bagitahu aku sesuatu perkara yang buat aku terpikir.

.kenapa kita perlu ada rasa jelous pada pasangan kita

dia jujur bgtau aku, dia memiliki  ramai kawan perempuan dan dia tak paham kenapa ada yang sukakan dia.dia tak tahu kenapa perlu ada jelous2 sedangkan hati dia hanya ada satu, kuato dia ada 4..hahahha
digtau aku, dia ne biasa2 je, tak encem, tak kaya, selekeh, ape yang ada pun tatau la..tapi kenapa setiap kali  dia nak  bekawan, dia hairan  mudahnya perempuan ne jatuh cinta

aku brainwash  dia..
hey kawan, perempuan sifat dia lembut, mudah jatuh hati , mudah terluka..dan aku tgk ko ne sweet talker sgt.. sebab tuh dengan mudah perempuan  jatuh hati..

nk tau dia kata pe ?
aku simpulkan dengan ayat aku sendiri...aku plak  yang tersentuh dgn kata2 dia..

kita berhak  untuk berkawan dengan mana2 orang.. dan kita TAK BERHAK untuk  merasai jeles apabila si dia berkawan dengan orang  lain..kita kena yakin jodoh tuh telah ditetapkan , telah dituliskan untuk kita..
kita berkawan  banyak manapun  bukan semua tuh  leh dijadikan  bini/suami.. hati ada sekeping.. hati ne  hanya  dimiliki oleh  seorang saja..kalo kita rasa kita terlampau  jelous melihat dia mesra sgt ngan orang lain... jaga hati kita dahulu..kalo da tak mampu.tinggalkan je walaupun sayang mcmne pun.. hati kita bukan bola orang leh  lontar ke dinding dan akan pantul balik  kalo dia nak sambut.. kita ada Allah.. Allah dengar setiap  doa kita..

dia juga bagitahu aku..

dalam banyak2 kawan  yang  Allah hadirkan dalam hidup dia..hanya ada seorang saja yang mampu memahami dia dan dia terasa tenang.. mcam Ustaz Azhar Idrus cakap..kalo kita tgk seseorang, terasa lapang dada, tenang jiwa, hati kita mudah nak mendekatkan diri pada Allah , itulah petanda jodoh yang baik..

dia simpulkan ayat dia..selebihnya serahkanlah pada Allah.. diri sidia bukan hak milik mutlak kita..
doa restu dari ibu bapa juga adalah penting..andai mereka tak redha, jodoh itu takkan kemana.. akan berakhir juga...

dia gtau aku satu perkara menarik.. kalo  seseorang itu berlapang dada mempelawa kita ke rumah dia untuk berjumpa keluarga dia,, bermakna lelaki itu jujur dengan  hubungan  anda..

** leh tahan jiwang gak  kawan aku ne..tapi apa dia cakap membuatkan aku terpikir..

yelah sape tak jeles kalo  bf sendiri  berkepit/ber sms dengan orang lain, dgn kita dia layan biasa2 je..tapi aku belajar sesuatu ,  lepaskan kekusutan dihati  demi meraih  nikmat  syukur dan bahagia..jodoh takkan kemana , lari macamne pun, teruk mcmne pun, andai dia milik kamu.. tetap milik kamu..senyum :)









Sunday, August 11, 2013

cinta si patung bernyawa

awak tahu tak saya la si patung bernyawa di mata awak..yang sentiasa disisi awak saat awak perlukan saya, awk kesedihan dan kesusahan..walaupun  saya tahu saya amik jalan yang merbahaya untuk sentiasa  disisi awak..saya tak peduli sebab saya ikhlas nak dengan awk..

awak..
saya masih ingat lagi sewaktu kita sama2 belajar.. saya penah nampak awk tak makan..yelah saya paham student kan sentiasa poket kering..demi ihsan seorang sahabat, saya belikan awk makanan dgn harapan awk akan kenyang..saya takpe..saya makan biskut pun ok sebab awk kata saya  perlu diet..dan awk cakap saya gemuk..kecik ati saya..saya buktikan pada awk saya juga leh cantik tau.. sebab tuh saya tak kisah  awk  nak makan makanan saya..

masa awk sakit kan.. tak ada sape kawan awk peduli.. saya nak jaga awk tapi saya kena ingat awk lelaki saya ne perempuan..jadi saya beli la panadol dan beri awak minyak cap kapak saya..dengan harapan awak sihat balik..cian awak dalam keadaan sakit...saya? takpe.. masa saya sakit awk kata awk sibuk..saya leh jalan lagi g kedai beli panadol..saya juga leh  buat air sendiri, kaki saya kuat awk...

awak, 

saya takleh lupa peristiwa yang hampir menggelapkan masa depan saya..masa tuh awk dah g kl..keje ..saya lak masih study..saya call awak, sedih saya dengar suara awk..rupanya awk tak makan lagi...ye masa tuh awk baru mula keje kat kl..nak minta tlg keluarga, jauh pula kan.. saya risau sgt2..segera saya bersiap2 nak g ke bank,nak bank in sedikit duit kat awk.. masa tuh da pukul 1 pagi awk.. takpe, demi ikhlas saya, saya redah jela malam2 buta ne ke mall.nak kejutkan kawan, sian plak..ah! jalan kaki jela....saya takut awk..tapi saya berani kan diri..dlm perjalanan pulang, saya diekori oleh seorang lelaki  afrika..awak saya  takut! cepat2 saya  jalan..lagi laju saya jalan..laju pula lelaki itu  bergerak.. akhirnya saya  terus berlari  masuk ke asrama perempuan yang berhampiran..fuh! lega.. saya tak ada kawan yang tinggal kat asrama ne.. takpela saya tido jela surau.. esok pagi  saya balik.. nasib baik awk..kalo tak entah ape la yang akan jadi pada saya 


awk,

saya setia pada awk...4 tahun saya bersama dengan awk..tak penah sekali saya gado besar dengan  awk..saya mengalah je..awk buat ape pun saya tak marah.. tapi dlm hati saya..hanya Allah saje yang tahu..
sepanjang saya kenal awk.. hanya satu je  yang penah awk bagi saya.iaitu terry..bear yang sgt comel..itupun saya yang minta awk belikan..bila awk dah beli..sedih pula saya rasa sebab memaksa orang berikan kepada saya...sejak dri harituh, saya takmo lagi minta ape2 kat awk..awk selalu miss besday saya, convo saya.. saya senyum jela..
tapi ada satu perkara buat saya terkilan sgt.. masa ex gf awk convo..awk penah berikan dia hadiah dan seutas rantai..tapi apabila giliran saya..awk hanya ucapkan saja..sedih saya awk.
.takpela..saya tak minta ape2 pun asalkan awk ikhlas terima saya

dan sepanjangg 4 tahun ne jugala saya lihat saya seperti diabaikan awk..awk cakap  cinta jarak jauh masih leh msg2 , call.. tapi saya lihat.. sebaliknya..awk, jujur saya cakap, saya tak pernah merasai ape erti  sharing is caring dengan awk.. bila saya ada problem, awk mcm jauhkan diri je dari saya.. bila saya ajak awk jumpa family saya, ada saje alasan awk bagi.. kejela penatla  tak bersedia la..tapi bila saya ajak awk  g jumpa family awk.. awk  bagi saya satu ayat yang sgt pedih " nak  sgt jumpa kan..puas?? " pedih awk.. makan dalam sgt2
takpela saya tak kisah.. saya terima  kata2 awk tuh sebagai  satu teguran.. jangan paksa lelaki..

sampai satu tahap , saya meminta untuk dilepaskan.. baru awk tersedar saya  bukan patung.. 
hari2 awk msg saya, ungkit balik kenangan lama.. ye saya tak lupa semua tuh.. tapi  ungkit awk buat saya rimas..kenapa baru sekarang awk  ingat saya.. baru awk pikir saya ne wujud disisi awk.. awk kata 60 hari awk kejar saya.. sama tak  dengan 4 tahun saya kejar awk?????

lama2 saya pikir.. sayang saya pada awk..masih menebal..saya beri awk peluang kedua..

..takpelah awk.. saya ne patung bernyawa depan mata awk..luaran saya sperti biasa..dalaman saya kosong..saya lihat saje ape yang awk  lakukan..saya biarkan saya ape yang awk janjikan..bagi saya..saya da malas nak  pikir..saya sakitkan hati saya sendiri...
walaupun saya patung bernyawa,.. saya bahagia dengan cara saya sendiri...meskipun orang kata saya bodoh.. saya tak peduli sebab saya ikhlas sukakan awk..

biarlah saya menangis macam mana pun.. awk  bukan tahu...
kalo saya kecewa mcmne pun ..awk bukan leh rasa..ape yang awk rasa saya disebaliknya..
kalo awk tak reti hargai  patung bernyawa seperti saya..hanya satu saje saya mampu katakan...saya hanya mampu  berserah......
tolonglah hargai saya walaupun awk nampak cara saya mcam merayu :'(