Monday, August 31, 2009

mid sem exam F.E.V.E.R




huhuhu..minggu ne banyak sgt test,assignment,exam lagi...waaaaaaaaaa..banyaknya...semakin lama aku semakin pening...adoi ai...sampaikan last exam aku 15hb ne..16 balik!!yey..rindunya kat mama...rindunya kat papa...rindunya kat ady..rindunya kakak..rindunya semua orang...huhuhu..tapi minggu sgt bz la..cuz banyak sgt keje kena wat...ne pun curi2 masa layan blog jap..petang tadi layan cite NUR KASIH..huhuhu..i cant wait for da next episod this friday...huhuhhuh........tommorow exam JMP...ngeee hampeh baca je...paham cikit2..cian kat cek...huhuhu....wish me luck..harap2 i dapat jawap bukan men dadu..hehehhehe

Sunday, August 30, 2009

tentang diriku~


aku seorang gadis yang selalu mama cakap "budak tembam notty"..ntah la..iye kot..notty ngan mama je la..heheh..aku dibesarkan di kl n menetap pun di kl...so setiap tahun nak beraya pun di kl..aiyoo..mana ada kampung...mama n papa pun memang asal kat sini cuma mama dilahirkan di kelantan n dibesarkan di kl.papa ku namanya Ghazali Bin Rahmat n mama ku namanya Azizah Bt Bakar...aku ada 3 orang adik beradik je...n aku yang kedua...kakak aku namanya Norazlin Baizura Bt Ghazali n adikku namanya Mohd AzliHaidey Bin Ghazali..n aku???..Nurazlin Baizuana Bt Ghazali..aku berusia 21 tahun n dilahirkan pada 26 july 1988 di Klinik Sambhi KL..sejak kecik aku dijaga oleh  nenek time mama n papa g keje...than aku masuk tadika, kat Bukit Nanas KL..kemudian, masuk sekolah rendah di sk Convent Bukit Nanas 2 KL n kemudian ge sekolah menengah pun di SMK Convent Bukit Nanas KL...kemudian masuk matrik di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) than buat degree kat Universiti Utara Malaysia sampailah sekarang...aku seorang yang easy going...selamba..n happy go lucky!dulu masa sekolah aku senyap n tak hype aktive pon...tapi bila dah masuk matrik n u..hahaha aku jadi seorang yang tak leh duk diam...cian rumate aku..selalu aku tinggalkan..heheheh..aku suka involvekan diri dalam aktiviti n tak suka duk diam...boring la..sebagai bukti.kalo aku bosan cam sekarang ne.aku mula la mengaktifkan tangan n mata untuk on9..kalo ikutkan nak je tido...hehehhehe..so far, aku leh teruskan hidup ne walau macam2 dugaan aku alami...yelah..setelah aku baca buku la tahzan, aku kenali "JANGAN BERSEDIH"..jangan tangisi sesuatu yang telah berlalu..kerana yang lalu tak kan beri apa makna untuk akan datang....walaupun aku dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana, Allah tetap menguji kami sekeluarga..namun, aku tahu dugaan Allah ada hikmah disebaliknya...tentang diriku, aku sakit bercinta tapi aku tak putus asa mencuba..memang Allah sudah tentukan jodoh untuk kita tapi kita perlu usaha mencarinya..tiada istilah dalam islam "perigi mencari timba"....
berbalik kepada ceritaku, aku ramai kawan...kadang2 jadi sengal tak ingat kawan yang mana..maafkan aku kawan...bukan lupa tapi ramai sgt...maaf...kawan2 aku semuanya sekepala aku....kira ley go on la...aku  ne dah la gila2..dapat kawan2 yang gila2 ..aiyoo..parah kepala aku kadang2...hehehhe....tentang someone special..hummmm..still searching....but sometimes loosing....humm..moga Allah temukan yang terbaik untuk aku..Amin....aku suka pada ketenangan..dan aku suka pada kegembiraan,keceriaan..sesuai dengan maksud namaku "baizuana" iaitu "penceria"..tetapi kau tak suka pada kekalutan tapi benda tuh ada dalam diriku..aku tak suka pada kesedihan sebab sekali aku sedih aku lupa siapa aku..aku suka makan...hehehe...ne fav r..aku suka jalan,shopping dan paling aku suka lepak kat tepi tasik...tenangnya...aku rindu pada masa lalu..tapi  aku patut sedar masa lalu takkan kembali..hanya tinggal sejarah yang terukir....
setakat ne jelah aku nak merepek...t aku edit..k..wasalam

Thursday, August 27, 2009

senyum itu penawar duka..

jangan bersedih dengan perkara yang lalu kerana perkara yang lalu tidak beri apa makna untuk perkara yang akan datang malah ianya ley mendatangkan lagi permasalahan,kesedihan dan kekecewaan dalam hidup kita...untuk apa kita menangis,meratapi kisah duka lalu...dan kenapa kita perlu kerutkan wajah kita,bermuram duka..melihatkan kesedihan pada air muka kita kepada orang lain?..senyumlah....senyum itu penawar segala kedukaan...bukan kah dengan senyum itu kita bersedekah dan mampu buat orang lain terasa terharu dan gembira??
aku nak berkongsi satu kisah mengenai kawan aku....mybe ley dijadikan pengajaran kepada diri aku dan juga rakan2..insyaallah..
dia yang aku kenali sangat ceria orangnya..walaupun orang hina dia..orang ketawakan dia..tapi dia masih mampu tersenyum,gelak ketawa tanpa menunjukkan riak kecewa dan berduka cita pada wajahnya...bagi dia apa yang dia rasa dia telan n tak simpan dalam hati..menganggap itu hanya gurauan walaupun jauh disudut hati dia agak terasa...kira dia berfikiran positif...tetapi suatu hari dia pergi ke kelas dan menghampiri rakan-rakannya yang lain...ketika dengan rakan-rakannya,seperti biasa kalo dah namanya perempuan pasti akan bergossip...dan kerana gossip itu,kawan saya ne terasa dengan penghinaan yang dilemparkan kepada dia secara depan2 walaupun kawan2 dia tuh tak mentionkan siapa namun kata2 pedas ley buat orang terasa...kawan2 dia mengata tentang dia yang tak cantik, belagak nak cantik, beli baju baru konon nak show off, dan sebagainya..jadi kawan saya ne sgt terasa...rasa nak menangis mendengar kata2 camtuh..wajah dia tetiba berubah...sayu dan agak muram...jauh sudut hati berkata " aku tahu aku tak cantik, tapi ape salah aku untuk memiliki sesuatu yang aku idamkan...salahkah aku ingin nampak cantik??"..lantas kawan saya ne terus bangun dan meninggalkan mereka...dia berlari balik ke bilik dengan menangis tersedu2...sampai kat bilik, dia duduk diam n fikir balik ape salah dia n kenapa dia yang menjadi mangsa...akhirnya dia tersedar kenapa dia perlu menangis dan perlu bersedih??kerana dia tahu Allah cipta dia di muka bumi ini dengan sifat yang sempurna..cantik atau tak itu bukan ukuran di sisi Allah..yang menjadi ukuran adalah iman dan taqwa...akhirnya kawan saya ne mengalah dan keessokkannya dia jumpa kawan2 dia...nak tahu dia buat ape??dia berikan kawan2 dia hadiah iaitu brooch dan selendang...sambil tersenyum dia berkata " ambillah..aku bagi kat korang...terima kasih kerana mengata aku semalam".....
kesimpulannya..walau orang buat jahat dekat kita..mengata kita,jgn disimpan dalam hati..senyumlah dan balaslah kejahatan itu dengan kebaikan...
salam ikhlas...

Wednesday, August 26, 2009

mood yg hampir tak ada

awatnya petang2 cam gini aku tak ada mood..nak tido malas..nak lipat baju malas...nak buat assignment lagi laaaaa malas...yang aku tahu aku nak mengadap laptop...on9..on9..on9...nak masuk tagged,friendster n facebook lak x key sebab line slow so kena tunggu ptg n malam baru ley...itu lah peraturan sistem dalam u aku ne...hu hu hu...
ntah la....apesal tetiba je jadi cam gini..n di saat camne aku teringatkan arwah.......kalo dalam kebosanan camne dia akan ym aku..buzz aku ..usik aku...rindunya aku pada kenangan lalu....
tapi Allah lebih menyayangi dia....
ape aku nak buat dalam kebosanan ini???

Saturday, August 22, 2009

TERROR ke aku masak???


he he he..hasil ciptaan resepi aku n rumate ku...hentam jelah rumate..janji kita makan..hhahaha...berbuka hanya sayur kubis air , sardin n budu ciptaan ana limo...haahha...ntah,..nesb bek la sedap..(puji masakan sendiri) heheh...siap call mama tanya camne nak masak syur kubis air ne...hehheheh...nseb bek aku tak masuk belacan je dalam sayur...hahahha..anyway, sape nak resepi aku or nak buat tempahan,jgn ler malu nak oder..ghaahahha

Friday, August 21, 2009

salam ramadhan al-mubarak













ramadhan tiba lagi setelah setahun berlalu pergi...adakah ramadhan kali ini dapat aku tempuhi dan memperlipatkan ganda amalanku seperti ramadhan sebelum ini?
ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..
agar dapat ku tempuhi dengan sempurna..
walau dugaan datang dan juga ujian dariNYA,
akan kutempuhi dengan hati yang tabah dan tenang...
aku dalam proses membaca buku motivasi islam yang bertajuk "La Tahzan"...
andai aku mula membacanya ketika di matrix dulu pasti aku mampu ketemui jawapan dalam persoalan hidup ku...andai aku membacanya terlebih dahulu pasti aku akan membenci kesedihan yang selama ini menghantui aku....
di pagi awal ramadhan ini...awan biru meredupkan pandangan mataku melihat langit yang terbentang luas..kicauan burung menghidupkan suasana pagiku di bilik suram ini...
ku terkilan untuk menyambut ramadhan di rumah....ya kerana semangat ko k...sekali ko k tak ada daaa.....tapi ada hikmahnya...dan aku tidak keseorangan menyambutnya kerana rumateku tak pulang juga...sahur pagi ini aku mulakan dengan bersahur bubur dan smabal kacang yang mama bekalkan....sekurang-kurangnya rinduku terubat bila makan masakan mama...
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menjalankan ibadah puasa ini...aku takut andai aku terleka pada hari esok kerana nafsu sendiri...Ya Allah, aku mohon ketenangan hati dan kedamaian suasana agar aku mampu mengukir senyuman untuk berjalan di muka bumi Mu ini dan beramal ibadat....amin...

Monday, August 10, 2009

enjoy the performance!

last month im feel so sad...cuz everything happends to me make myself down...papepu hidup ini perlu diteruskan tak kira ape sahaja dugaan yang Allah bagi..jangan mudah putus asa..syukur Allah beri aku kelebihan iaitu sifat tak mudah putus asa dan sabar mengahadapi dugaanNya..setiap hari dalam doaku,aku mohon pada Allah agar aku diberi sifat sabar dalam menempuh ujianNya...aku tahu aku takkan terlepas dari di duga...dan setiap hari aku cube memperbaiki kelemahan aku dan kekurangan aku...apepun aku sangat gembira hari ini dan berpuas hati kerana aku berjaya mengumpulkan kekuatan ku untuk melakukan yang terbaik dalam hidup ini..aku tak mahu mempersia2kan ape yang aku ada semata-mata kerana kegagalan dan kelemahan aku....
mama dan papa,
nana takkan sia2 kan hidup nana dengan benda yang tak berfaedah...nana tahu nana pernah kecewakan mama kerana kegagalan nana untuk melanjutkan pelajaran nana ke bidang yang mama nak sangat nana buat..nana tahu smapai sekarang mama marah...tapi percayalah mama, nana yakin dan boleh untuk bawak bidang nana..nana da nampak hala tuju nana mama...nana aktif di u bukan bermakan nana lupakan pelajaran..aktiviti di u ne banyak bantu nana untuk ada self confidence......

Allah, bagilah aku kekuatan untuk truskan kehidupan ini