Monday, July 13, 2009

kita riang tertawa




fwens just like a lollipop...keceriaan warnanya ibarat riang yang membawa kebahagiaan...ketika muda inilah kita menghabiskan masa ketawa bersama...kita menyanyi sama2...adakalanya kita lupa siapa diri kita tapi kerana kawan kita saling mengingatkan antara satu sama lain...erti kawan dalam hidup ini..kawan adalah segala-galanya...tak kira lelaki atau perempuan...masing2 sangat istimewa di hati ini....kerana kawan..kita kenali apa itu dunia..kerana kawan juga kita kenali diri sendiri dan kerana merekalah hidup ini seceria dan seriang rama-rama yang bebas terbang...erti kawan tak pernah kenal erti penghinaan..jika ada kesilapan atau sesuatu yang buruk berlaku...kita sedaya upaya lindungi kawan kita...kerana bagi kita kawan adalah adik..abang..dan kakak...
andai kawan kita melukakan hati kita..jangan simpan terlalu lama...luahkan dan tegurlah rakan kita...
andai kawan kita menangis...datanglah pada dia..jadilah pendengar setia untuk mendengar setiap rintihan hati dia...mana tahu kita leh menenangkan jiwanya yang sedang lara...ingat...ketika kita susah dia hadir dan ketika dia susah..kita patut buat benda yang sama...


kawan...
jangan kenali erti cemburu..
kerana kita sama-sama ketahui hati budi masing2..
jangan pula bersifat dengki..
khianati kawan kerana perasaan iri hati..untuk apa bertindak sedemikian rupa??
bukan ke kita masing2 ada keistimewaan??jadi gunakanlah keistimewaan yang di beri dari Allah sebaik mungkin..usah mendengki pada orang yang tak berdosa...
jangan sesekali biarkan kawan menjadi lawan..
bermusuhan seperti anjing dan kucing...hanya kerana perkara kecil diperdebatkan sehingga ada yang terluka...lebih baik fikir secara rasional...jangan marah...marah tuh kan sifat syaitan...

kawan...
bahuku ini ruang bagimu untuk menangis..
luahkan la apa sahaja rasa yang terbuku dalam dirimu..
ku sedia mendengar andai itu boleh menenangkan dirimu....

kawan..
kita sama2 mengapai mimpi..
kita mengatur langkah disini dan akan berakhir disini..
jangan tinggalkan aku berseorangan tergapai-gapai mendaki bukit impian ne...
semoga persahabatan kita kekal abadi..




No comments:

Post a Comment